Judul : Menteri Besar Pahang Lapor Polis Dan Sahkan Telefon Bimbit Beliau Telah Pun "Di Godam" !
link : Menteri Besar Pahang Lapor Polis Dan Sahkan Telefon Bimbit Beliau Telah Pun "Di Godam" !
Menteri Besar Pahang Lapor Polis Dan Sahkan Telefon Bimbit Beliau Telah Pun "Di Godam" !
KUANTAN -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan, telefon bimbitnya digodam sejak awal pagi semalam, selepas hilang kawalan terhadap aplikasi WhatsApp, selain turut menerima pesanan dalam bahasa asing dipercayai bahasa Mexico.
Wan Rosdy menerusi laporan polisnya mendakwa, kejadian itu disedari pada 6 pagi tadi selepas beliau menerima panggilan daripada seorang kakitangan yang ingin membuat semakan, selepas mendapati terdapat perkataan tidak sepatutnya di aplikasi WhatsApp beliau.
“Pihak tersebut juga didapati mengodam kumpulan WhatsApp keluarga saya dengan menukar nama kumpulan, sebelum meninggalkan kumpulan tersebut selain turut menganggu kacau sembilan lagi kumpulan WhatsApp.
“Saya kemudiannya bertindak mematikan telefon pintar selama lima minit sebelum membuka semula dan mendapati cubaan untuk mendaftar masuk semula ke WhatsApp gagal,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam.
Wan Rosdy juga mendakwa setakat laporan dibuat pada 3.45 petang, beliau masih tidak dapat menggunakan aplikasi WhatsApp akaun telefon bimbitnya.
Selain itu, beliau juga mendakwa menerima pesanan dalam bahasa Mexico sebanyak empat kali bermula jam 6.12 pagi, selain menerima pesanan suara dan rekod panggilan tidak dijawab yang menggunakan nombor dengan kod luar negara, yang tidak dikenalinya.
Pada awalnya, Wan Rosdy menerusi kenyataan media ringkas mengesahkan telefon pintarnya digodam pihak tidak bertanggungjawab, dan memohon maaf kepada mereka yang cuba menghubunginya buat masa ini. #sumber
Demikianlah Artikel Menteri Besar Pahang Lapor Polis Dan Sahkan Telefon Bimbit Beliau Telah Pun "Di Godam" !
Anda sekarang membaca artikel Menteri Besar Pahang Lapor Polis Dan Sahkan Telefon Bimbit Beliau Telah Pun "Di Godam" ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/menteri-besar-pahang-lapor-polis-dan.html
0 Response to "Menteri Besar Pahang Lapor Polis Dan Sahkan Telefon Bimbit Beliau Telah Pun "Di Godam" !"
Catat Ulasan