Judul : Pahang Menarik Gelaran 'Datuk' Daripada Farid Kamil Dan Boy Iman Berkuatkuasa Serta Merta
link : Pahang Menarik Gelaran 'Datuk' Daripada Farid Kamil Dan Boy Iman Berkuatkuasa Serta Merta
Pahang Menarik Gelaran 'Datuk' Daripada Farid Kamil Dan Boy Iman Berkuatkuasa Serta Merta
KUANTAN – Dua pelakon sensasi yang sebelum ini dikurniakan Darjah Kebesaran oleh Istana Pahang, tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Datuk berkuat kuasa serta-merta.
Mereka ialah Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil, dan Noruliman A Rahman atau Boy Iman.
Kedua-duanya sebelum ini dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Perkara itu diumumkan melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang selaku Pendaftar Darjah.
“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan dibatalkan.
“Penama terbabit tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” kata kenyataan itu.
Selain dua individu itu, tiga ahli perniagaan turut diarahkan menyerahkan kembali pingat dan Darjah Kebesaran diterima.
Individu berkenaan ialah Wong Shee Kai @ Ricky (DIMP) ; Tran Thi Mai @ Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman.
Surat penarikan balik gelaran itu berkuat kuasa 1 Februari lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Pahang Menarik Gelaran 'Datuk' Daripada Farid Kamil Dan Boy Iman Berkuatkuasa Serta Merta
Anda sekarang membaca artikel Pahang Menarik Gelaran 'Datuk' Daripada Farid Kamil Dan Boy Iman Berkuatkuasa Serta Merta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/pahang-menarik-gelaran-datuk-daripada.html
0 Response to "Pahang Menarik Gelaran 'Datuk' Daripada Farid Kamil Dan Boy Iman Berkuatkuasa Serta Merta"
Catat Ulasan