Loading...

Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas !

Loading...
Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas !
link : Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas !

Baca juga


Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas !

KUALA LUMPUR -- Polis telah membuka tiga kertas siasatan berkaitan kandungan buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang antaranya didakwa memfitnah dan menghina pelbagai pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata setakat hari ini, polis telah menerima 134 laporan di seluruh negara berhubung perkara itu.

Beliau berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman dan akan dilakukan secara terperinci sebelum mana-mana pihak dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk Thomas.

“Satu daripada kertas siasatan yang dibuka adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Kertas siasatan ketiga dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara individu yang membuat laporan polis terhadap Thomas ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. #sumber



Demikianlah Artikel Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas !

Sekianlah artikel Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/polis-terima-134-laporan-buka-tiga.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Terima 134 Laporan, Buka Tiga Kertas Siasatan Berkaitan "Buku" Tommy Thomas !"

Catat Ulasan

Loading...