Loading...

PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS !

Loading...
PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS !
link : PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS !

Baca juga


PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS !

 

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jangan bertanding di kerusi yang telah dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Tegas Saarani yang juga Menteri Besar Perak, semua kerusi parlimen dan DUN berkenaan kekal ditandingi UMNO pada PRU15 akan datang, lapor Sinar Harian.

“Kalau ada keikhlasan untuk menyokong dan mendokong penyatuan di negeri Perak, jangan ganggu tempat UMNO dan PAS.

“Terdapat dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bersatu di Perak sekarang iaitu di Sungai Manik dan Tualang Sekah. Kerusi itu sebenarnya hak UMNO. Jadi, UMNO akan letak calon bertanding di kawasan ini.

“Bersatu juga digesa tidak bertanding di parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang. Itu juga asalnya kawasan UMNO.

“Kami menang dulu (PRU14) atas tiket BN (Barisan Nasional). Kita tidak akan bagi kepada Bersatu. Tiada sebarang kompromi,” katanya.

PN berkubur PRU15?

Sebaliknya, ADUN Kota Tampan itu menyarankan Bersatu agar bertanding di kerusi-kerusi yang disandang oleh PH pada pilihan raya umum akan datang.

“Bersatu janganlah mengganggu tempat UMNO dan PAS. Cuba cari pasaran baru, itu yang kita minta.

“Kalau tidak, seperti yang dijangkakan, akan berlaku pertandingan tiga penjuru ataupun empat penjuru. Jika itu berlaku, sudah tentu orang lain akan mengambil kesempatan dan parti-parti Melayu akan jatuh,” katanya.

Saarani juga dipetik Sinar Harian berkata, tidak mustahil PN akan berkubur pada PRU15.

“Ini mungkin boleh berlaku kerana di tempat-tempat Melayu akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Kita ambil contoh apa yang berlaku di DUN Titi Serong.

“Ada tiga calon Melayu bertanding iaitu PAS, UMNO dan parti Amanah. Orang Melayu di situ ada lebih kurang 60 peratus, selebihnya bukan Melayu.

“Jadi orang Melayu berpecah kepada tiga. Barangkali 20 peratus sokong PAS, 30 peratus sokong UMNO dan 10 peratus lagi sokong Amanah. Tetapi orang bukan Melayu menyokong PH yang diwakili Amanah.

“Maka, Amanah yang menang. PAS dan UMNO kalah. Amanah menang atas nama PH, didokong oleh DAP,” katanya menjawab soalan mengenai masa depan PN pada PRU15. #sumber



Demikianlah Artikel PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS !

Sekianlah artikel PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/pru-15-saarani-gesa-bersatu-cari.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRU-15: Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru, Jangan Kacau Kerusi UMNO Dan PAS !"

Catat Ulasan

Loading...