Judul : Shuib Dan Isteri, Siti Sarah Di Denda RM1,000 Seorang, Langgar SOP Dalam Restoran Di Lipis
link : Shuib Dan Isteri, Siti Sarah Di Denda RM1,000 Seorang, Langgar SOP Dalam Restoran Di Lipis
Shuib Dan Isteri, Siti Sarah Di Denda RM1,000 Seorang, Langgar SOP Dalam Restoran Di Lipis
LIPIS - Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing didenda RM1,000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.
Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.
"Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.
"Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit dalam akaun Facebook miliknya.
Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.
#sumber
Demikianlah Artikel Shuib Dan Isteri, Siti Sarah Di Denda RM1,000 Seorang, Langgar SOP Dalam Restoran Di Lipis
Anda sekarang membaca artikel Shuib Dan Isteri, Siti Sarah Di Denda RM1,000 Seorang, Langgar SOP Dalam Restoran Di Lipis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/shuib-dan-isteri-siti-sarah-di-denda.html
0 Response to "Shuib Dan Isteri, Siti Sarah Di Denda RM1,000 Seorang, Langgar SOP Dalam Restoran Di Lipis"
Catat Ulasan