Judul : Teka-Teki 'Terjawab', Kisahnya Sumareh Sah Berpindah Sertai Pasukan Harimau Selatan !
link : Teka-Teki 'Terjawab', Kisahnya Sumareh Sah Berpindah Sertai Pasukan Harimau Selatan !
Teka-Teki 'Terjawab', Kisahnya Sumareh Sah Berpindah Sertai Pasukan Harimau Selatan !
KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai spekulasi perpindahan pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh ke Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya terjawab.
Ia selepas Harimau Selatan mengesahkan Sumareh kini milik mereka menerusi satu video ringkas pengenalan pemain Gambia itu di laman sosial kelab.
Video ringkas pengenalan Sumareh itu seakan sama dengan video membabitkan pemain import baharu mereka semalam, Jonathan Herrera.
"Pemandu, tolong bawa saya ke kelab yang terbaik di Malaysia," jelas kenyataan ringkas bersama video pengenalan Sumareh.
Selain itu JDT turut mengucapkan selamat datang kepada Sumareh yang juga bekas pemain Pahang.
Sebelum ini, BH Sukan melaporkan spekulasi bertiup kencang bahawa pemain berusia 26 tahun itu semakin hampir menyarung jersi Harimau Selatan selepas meninggalkan kelab Thailand, Police Tero FC.
Minggu, nama Sumareh semakin hangat diperkatakan dalam arena bola sepak negara susulan isu dengan bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
pak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan PBNP membayar RM4.9 juta kepada Sumareh berkaitan tunggakan gaji dan pelanggaran kontrak. #sumber
Demikianlah Artikel Teka-Teki 'Terjawab', Kisahnya Sumareh Sah Berpindah Sertai Pasukan Harimau Selatan !
Anda sekarang membaca artikel Teka-Teki 'Terjawab', Kisahnya Sumareh Sah Berpindah Sertai Pasukan Harimau Selatan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/teka-teki-terjawab-kisahnya-sumareh-sah.html

0 Response to "Teka-Teki 'Terjawab', Kisahnya Sumareh Sah Berpindah Sertai Pasukan Harimau Selatan !"
Catat Ulasan