Loading...

Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini

Loading...
Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini
link : Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini

Baca juga


Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini

 

KUANTAN  - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran bandar raya Kuantan pada Ahad ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Selain itu, turut dijadualkan menghadiri majlis bersejarah itu ialah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

"Majlis pemasyhuran ini diadakan susulan kelulusan diberi oleh kerajaan Persekutuan menerusi mesyuarat Kabinet pada 8 Mei 2019 dan pemilihan tarikh 21 Februari dibuat setelah beberapa kali ia ditunda ekoran pelbagai faktor termasuk situasi pandemik Covid-19.

"Majlis pemasyhuran akan dilaksanakan menurut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat demi membendung wabak Covid-19.

"Oleh sebab itu, jumlah jemputan dihadkan bagi memastikan pelaksanaan aspek penjarakan fizikal," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kali terakhir majlis seperti itu diadakan ialah pada 1 September 1979 atau lebih 40 tahun lalu, sempena menaik taraf Kuantan daripada sebuah bandar kepada perbandaran.

Sehubungan itu, Wan Rosdy berharap penduduk Pahang dapat bersama-sama berbangga dengan majlis bersejarah itu sungguhpun diadakan dalam skala sederhana. #sumber



Demikianlah Artikel Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini

Sekianlah artikel Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/yang-di-pertuan-agong-berkenan-sempurna.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini"

Catat Ulasan

Loading...