Loading...

Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong !

Loading...
Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong !
link : Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong !

Baca juga


Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong !

 

BANTING - Seorang lelaki yang baru melangsungkan perkahwinan Jumaat lalu, hanya mampu menjerit ketika melihat kereta Perodua Myvi dipandu kakaknya bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Bentong-Raub, Pahang, awal pagi tadi.

Muhammad Azwan Abdul Muid, 26, berkata ketika kejadian pada jam 4 pagi itu, beliau yang memandu ditemani isteri dan ibunya sedang berkonvoi untuk pulang ke Banting selepas selesai majlis perkahwinannya di Pasir Mas, Kelantan.

"Kami menaiki tiga kereta berasingan iaitu saya bersama ibu dan isteri, manakala arwah kakak, Marlianna serta Marlia menaiki kereta lain bersama Muhammad Aisy Harraz Aziz dan Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin dan kereta ketiga dinaiki seorang lagi kakak saya, Marlina bersama suaminya.

"Ketika kejadian, Marlianna memandu di hadapan saya dan saya lihat keretanya memasuki lorong sebelah (bertentangan) yang kemudian bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

"Saya tidak pasti sama ada dia mahu memotong atau mengantuk ketika itu. Saya begitu terkejut dan hanya mampu menjerit. Ibu juga turut menjerit memanggil nama kakak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Bayu, Morib, hari ini.

Dalam kemalangan itu, empat sekeluarga terbunuh iaitu Marlianna, 37; adiknya, Marlia, 36; Muhammad Faizz Aryan , 9, yang juga anak Marlia, dan Muhammad Aisy Harraz, 7, (anak Marlina).

Jenazah empat mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Morib, Kuala Langat pada jam 4.55 petang tadi.

Pengebumian itu dihadiri keluarga termasuk ibu arwah, Zabaidah Talib, 61, yang dilihat lemah dan sedih dengan pemergian dua anak serta cucu.

Muhammad Azwan berkata, selepas pertembungan itu, beliau menghentikan kereta dan melihat kereta kakaknya sudah remuk dan dua anak saudaranya tersepit di tempat duduk belakang.

Beliau berkata, Marlia sebelum itu sempat berpesan kepada isterinya, Nadzirah Kamaruddin, 26, supaya menjaganya dengan baik.

Sementara itu, bekas suami Marlia, Mohd Faizuddin Rosman berkata, dia sepatutnya menemui anaknya, Muhammad Faizz Aryan hari ini.

"Saya baru membeli permainan helikopter untuk diberi kepadanya hari ini dan kebiasaannya kami akan berjumpa pada hari minggu, tetapi hasrat saya tidak kesampaian.

"Saya dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh keluarga Marlia awal pagi tadi," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong !

Sekianlah artikel Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/adik-baru-berkahwin-menjerit-lihat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adik Baru Berkahwin Menjerit Lihat Kereta Di Pandu Kakak 'Bertembung' Treler Di Bentong !"

Catat Ulasan

Loading...