Loading...

Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin !

Loading...
Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin !
link : Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin !

Baca juga


Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin !

 

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sekijang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Natrah Ismail hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan percubaan mendapatkan sokongannya dengan janji manfaat yang boleh diperolehi dengan pemberian sokongan tersebut.

Ia susulan dakwaannya sebelum ini bahawa dia dikunjungi dua individu yang bertanya sama ada dia berminat untuk menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atau tidak serta memaklumkan manfaat yang akan diperolehinya, pada 3 Mac lalu.

"Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.

"Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Natrah mendakwa dia dikunjungi dua individu tersebut, termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’, pada 3 Mac lalu.

"Mereka bertanya apakah saya berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin serta manfaat yang boleh diperolehi dengan pemberian sokongan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan lebih lanjut identiti dua individu yang mengunjunginya itu atau butiran tawaran yang diterimanya jika menyokong kerajaan PN.

Selain Natrah, seorang lagi ahli Parlimen PKR, Awang Husaini Sahari (Putatan) turut membuat dakwaan serupa.

Dalam kenyataan kelmarin, dia berkata dihubungi individu yang membuat tawaran kepadanya sebagai pertukaran untuk sokongannya kepada Muhyiddin.

Ekoran daripada itu, SPRM menggesa Natrah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tawaran sogokan kepada ahli Parlimen untuk tampil membuat laporan dengan mereka.

Mengulas lanjut, Natrah sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin serta tidak akan mengkhianati parti dan pimpinannya.

Malah, tegasnya dia tidak akan mengkhianati pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.

"Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen PKR atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.

"Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata: “Lawan!”," tambahnya. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin !

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/ahli-parlimen-sekijang-lapor-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Parlimen Sekijang Lapor SPRM Dakwaan Di Tawar 'Manfaat' Untuk Sokong Muhyiddin !"

Catat Ulasan

Loading...