Loading...

Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO !

Loading...
Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO !
link : Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO !

Baca juga


Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO !


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli dan pemimpin UMNO segera meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana, menurut Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah "mengugut" untuk "membuang" pemimpin dan ahli UMNO.

"Nasihat ikhlas saya kepada semua ahli-ahli UMNO yang berada dalam kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), Muhyiddin dah ugut hendak buang kita.

"Tunggu apa lagi, berhenti segera dan jaga maruah diri dan maruah parti UMNO," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ku Li turut mencadangkan agar Majlis Tertinggi UMNO segera mesyuarat dan meminda keputusan agar tidak perlu menunggu parlimen dibubar untuk meninggalkan PN.

"Silap perhitungan? Putus hubungan dan keluar kerajaan PN sekarang. Berhenti main wayang kulit! Tak ada faedah dan tak ada kesan," katanya.

Kenyataan pemimpin veteran UMNO itu hadir ketika Bersatu malam ini bermesyuarat mengenai hubungan mereka dengan parti komponen BN berkenaan.

Ini selepas UMNO telah menghantar surat kepada Muhyiddin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Surat bertarikh 26 Feb berkenaan juga menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN hanya sehingga pembubaran Parlimen.

Dalam perkembangan terbaru malam ini, Pengerusi BN dan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan media merayu kepada Agong untuk menitahkan parlimen bersidang segera.

Zahid berkata parlimen perlu bersidang, antara lain untuk membentangkan "keperluan kestabilan politik" dan "keperluan perpaduan di antara bangsa Melayu dan umat Islam bersama-sama pelbagai keturunan dalam mengemudi negara". #sumber



Demikianlah Artikel Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO !

Sekianlah artikel Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/ahli-pemimpin-parti-perlu-segera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ahli, Pemimpin Parti Perlu Segera Tinggalkan PN, Muhyiddin Sudah Ugut Nak Buang UMNO !"

Catat Ulasan

Loading...