Judul : Ahli, Pemimpin UMNO Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP Boleh Di Ambil Tindakan Displin
link : Ahli, Pemimpin UMNO Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP Boleh Di Ambil Tindakan Displin
Ahli, Pemimpin UMNO Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP Boleh Di Ambil Tindakan Displin
KUALA NERUS - Mana-mana ahli UMNO termasuk pemimpin yang didapati menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP boleh dikenakan tindakan disiplin.
Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) sudah membuat keputusan yang jelas tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP.
"UMNO sudah buat keputusan dengan jelas dalam tiga, empat kali mesyuarat MT sebelum ini yang mengatakan 'No PKR', No Anwar (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), No DAP.
"Keputusan itu tidak berubah sampai sekarang jadi tidak ada kalau kata kita nak berbincang dengan PKR, jadi kalau ada yang berbincang itu dianggap melanggar keputusan MT.
"Kalau didapati ada yang melanggar keputusan MT, boleh dikenakan tindakan," katanya ketika ditemui selepas melakukan Lawatan Kerja ke Batalion Kelapan Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) Kem Seri Pantai (Seberang Takir) di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa ada perbincangan ke arah menjalinkan kerjasama dengan pemimpin UMNO.
Ismail Sabri turut mengingatkan semua ahli UMNO termasuk pemimpin supaya tidak terpedaya dengan kenyataan Anwar yang mungkin mempunyai agenda tersendiri untuk memecahbelahkan parti itu.
"Kalau itu setakat keinginan dia, saya serahkan pada dia, itu hak dia tetapi kita takut ia boleh memecahbelahkan kita di dalam parti.
"Saya takut ada (rasa) curiga antara satu sama lain yang akhirnya menyebabkan kita berpecah dan sebab itu, saya harap kita jangan dipengaruhi kenyataan yang dikeluarkannya," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Ahli, Pemimpin UMNO Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP Boleh Di Ambil Tindakan Displin
Anda sekarang membaca artikel Ahli, Pemimpin UMNO Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP Boleh Di Ambil Tindakan Displin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/ahli-pemimpin-umno-jalin-kerjasama.html
0 Response to "Ahli, Pemimpin UMNO Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP Boleh Di Ambil Tindakan Displin"
Catat Ulasan