Judul : Anwar Ibrahim Sekali Lagi "Ulangi" Dakwaan, Ada Cukup Sokongan Untuk Bentuk Kerajaan !
link : Anwar Ibrahim Sekali Lagi "Ulangi" Dakwaan, Ada Cukup Sokongan Untuk Bentuk Kerajaan !
Anwar Ibrahim Sekali Lagi "Ulangi" Dakwaan, Ada Cukup Sokongan Untuk Bentuk Kerajaan !
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahim yakin mempunyai sokongan mencukupi di Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Anwar yang juga presiden PKR juga yakin kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat.
Meskipun tiga ahli parlimen PKR keluar parti untuk menyokong PN baru-baru ini, Muhyddin masih tidak mempunyai sokongan secukupnya untuk terus menjadi Perdana Menteri, katanya.
“Saya mempunyai jumlah secukupnya (sokongan Ahli Parlimen),” kata Anwar pada sidang media hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu mempersoalkan keabsahan Muhyiddin selaku perdana menteri, yang menurut beliau hanya mempunyai sokongan terhad di Dewan Rakyat.
“Yang penting kenapa tak tanya berapa (sokongan) Perikatan Nasional ada?” katanya kepada pemberita.
“Bagaimana anda boleh simpulkan mereka (PN) ada majoriti dengan tiga Ahli Parlimen menyokong mereka?”
Anwar berkata dakwaan PN mereka mempunyai sokongan 111 atau 112 Ahli Parlimen tersasar kerana sebilangan mereka menyokongnya.
“Secara teknikalnya, mereka hanya ada sokongan 100 (Ahli Parlimen). Mereka tidak ambil kira Warisan, Pejuang (kumpulan pro-Mahathir Mohamad), dan Muda (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman).”
Anwar berkata tindakan tiga ahli Parlimen PKR menyokong Muhyiddin tidak mengubah kerapuhan kerajaan PN.
“Mereka ingar mereka ada majoriti, tetapi sebenarnya masih tidak cukup.”
Pada September lalu, Anwar gagal menjatuhkan Muhyiddin sebagai perdana menteri walaupun mendakwa mempunyai “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu.
Anwar dilaporkan gagal mengemukakan senarai Ahli Parlimen yang menyokong beliau apabila menghadap Yang di-Pertuan pada Oktober. #sumber
Demikianlah Artikel Anwar Ibrahim Sekali Lagi "Ulangi" Dakwaan, Ada Cukup Sokongan Untuk Bentuk Kerajaan !
Anda sekarang membaca artikel Anwar Ibrahim Sekali Lagi "Ulangi" Dakwaan, Ada Cukup Sokongan Untuk Bentuk Kerajaan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/anwar-ibrahim-sekali-lagi-ulangi.html
0 Response to "Anwar Ibrahim Sekali Lagi "Ulangi" Dakwaan, Ada Cukup Sokongan Untuk Bentuk Kerajaan !"
Catat Ulasan