Loading...

Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya

Loading...
Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya
link : Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya

Baca juga


Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya

 

KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Bentong Wong Tack menggesa Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin supaya membatalkan lesen operasi Lynas Corp di negara ini selepas gagal menentukan lokasi loji pelupusan sisanya selewat-lewatnya pada 2 Mac.

Dalam kenyataan, beliau berkata, Khairy memberitahu Dewan Rakyat tahun lepas bahawa lesen Lynas akan ditarik balik jika ia gagal memulakan pembangunan tapak pelupusan sisa itu setahun selepas keputusan melanjutkan lesennya.

Lesen operasi Lynas Corp yang dijadualkan tamat pada 3 Mac tahun lepas dilanjutkan tiga tahun lagi sehingga 2 Mac 2023.

Wong Tack menggesa Khairy supaya berpegang pada janjinya dan membatalkan lesen Lynas dengan berkata, penangguhan keputusan tersebut merupakan “penghinaan” terhadap kedaulatan undang-undang.

“Pengurusan sisa radioaktif bukan perkara main-main. Setakat ini terdapat hampir satu juta tan sisa radioaktif yang dihasilkan dan disimpan di kilang Lynas.

“Tetapi hingga ke hari ini, kita masih terbelit dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berhubung isu berusia 10 tahun melibatkan lokasi tapak pelupusan sisa Lynas,” katanya.

Beliau juga menggesa JAS supaya mengetepikan laporan penilaian alam sekitar (EIA) Lynas berhubung tapak pelupusan di Bukit Ketam, terutamanya kerana ia merupakan kawasan tadahan air.

“Kita tidak perlu menjadi pakar sains angkasa lepas untuk menyedari bahawa langkah menempatkan tapak sisa radioaktif di kawasan tadahan air untuk lebih 700,000 keluarga adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.” #sumber



Demikianlah Artikel Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya

Sekianlah artikel Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/batalkan-lesen-operasi-lynas-corp.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Batalkan Lesen Operasi Lynas Corp Selepas Ia Gagal Tentukan Lokasi Loji Pelupusan Sisanya"

Catat Ulasan

Loading...