Loading...

Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik !

Loading...
Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik !
link : Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik !

Baca juga


Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik !

 

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, 51, tampil menafikan dakwaan mencabul isteri rakan baiknya susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

Ahmad Nizam berkata, dakwaan yang dibuat pasangan suami isteri dari Taman Melawati, Ampang, Selangor itu hanyalah rekaan semata-mata

Menurut laporan akhbar Utusan, beliau menyifatkan dakwaan itu hanya bertujuan menjatuhkan reputasi dan mengaibkan dirinya.

Ahmad Nizam berkata, beliau dan isteri tidak pernah bermalam di rumah pasangan terbabit kerana mempunyai kediaman di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun katanya, beliau sudah menjangka perkara itu akan berlaku kerana menerima ugutan awal daripada rakan baiknya yang berusia 50 tahun itu pada Ahad lalu, apabila beliau dipukul lelaki berkenaan sehingga patah tulang belakang.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu berkata, rakan baiknya itu mempunyai hutang berjumlah RM200,000 dengannya dan hubungan persahabatan mereka renggang sejak Sept tahun lalu kerana kegagalannya melunaskan hutang.

“Ahad lalu kira-kira pukul 4 petang, dia bersama isteri datang ke rumah saya di Geliga di sini, dan katanya untuk berbincang tentang hutang.

“Tetapi tiba-tiba saya ditumbuk sebanyak dua kali di samping kepala serta badan dibaling dengan pasu bunga secara bertubi-tubi hingga saya tidak boleh bangun, sebelum dia berlalu pergi.

“Saya maklumkan padanya akan melaporkan kejadian itu kepada polis dan dia mengugut saya agar tidak berbuat demikian atau dia akan membuat sesuatu yang boleh memalukan saya.

“Tiba-tiba keluar cerita saya mencabul isterinya,” katanya kepada Utusan semalam.

Satu laporan dibuat di Balai Polis Chukai dan suspek ditangkap di Ampang, Selangor kira-kira pukul 6 petang (Jumaat), namun belum lagi direman dan kini dibenarkan jamin

Ketua polis negeri, Roslee Chik mengesahkan laporan kejadian pukul dan khianat membabitkan Ahmad Nizam dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ahmad Nizam sementara itu berkata, beliau menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut mengenai dakwaan cabul tersebut. #sumber



Demikianlah Artikel Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik !

Sekianlah artikel Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/bekas-adun-air-putih-kemaman-tampil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas ADUN Air Putih Kemaman, Tampil Bagi Menafikan Dakwaan Cabul Isteri Rakan Baik !"

Catat Ulasan

Loading...