Loading...

Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain

Loading...
Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain
link : Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain

Baca juga


Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain

 

KUALA LUMPUR – Hak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik antara Pakatan Harapan dengan UMNO.

Lagi pun selama ini Presiden PKR itu tidak henti-henti mendakwa beliau ada majoriti di Parlimen, namun sehingga kini belum terbukti.

Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menegaskan, UMNO tidak perlu menari mengikut rentak orang lain sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan dalaman parti sendiri dan berusaha keras memenangi keyakinan rakyat.

Dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook, Shahril berkata, amat jelas keputusan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2019 masih terpakai malah semua pemimpin tertinggi UMNO berkali-kali menyebut tidak timbul kerjasama dengan PKR dan DAP.

Kata Shahril, pendirian UMNO yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bermaksud UMNO mesti terus bersama dengan orang lain.

Matlamat UMNO tentunya untuk memenangi sokongan rakyat dengan tawaran dan visi yang lebih baik dari pesaing, ujarnya.

Ini kerana tanpa sokongan rakyat, UMNO tidak akan mampu beroleh kedudukan dominan seperti mana diharapkan seluruh pejuang parti yang berpegang teguh kepada sejarah dan potensi UMNO untuk terus mendepani perjuangan agama, bangsa dan tanahair.

Kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang wujudnya usaha jalinan kerjasama antara Pakatan Harapan dan UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Cakap-cakap tersebut diperkuatkan lagi apabila Anwar dalam satu temuramah memberi gambaran ke arah kerjasama itu, namun Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. #sumber



Demikianlah Artikel Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain

Sekianlah artikel Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/biarlah-anwar-mencanang-ada-rundingan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Biarlah Anwar Mencanang Ada Rundingan, UMNO Tidak Perlu Ikut Rentak Orang Lain"

Catat Ulasan

Loading...