Loading...

Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini

Loading...
Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini
link : Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini

Baca juga


Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini


KUANTAN -  Bekas calon bebas pilihan raya kecil DUN Chini, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menyatakan beliau kemungkinan akan kembali menyertai salah sebuah parti politik di negara ini.

Kenyataan itu diluahkan selepas genap 10 tahun beliau berehat dari mana-mana parti politik. Shukri yang juga dikenali sebagai CMK atau Blogger Cucumatkilau, adalah merupakan satu-satunya bekas calon PKR yang undur diri dan tidak melompat ke mana-mana parti selama ini. 

Beliau terus bergerak sebagai Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) untuk mengangkat berbagai isu rakyat di Kuantan khasnya dan Pahang amnya. 

"Saya berehat dari politik lada Februari 2011 lalu, dan pada Februari 2021 maka genap 10 tahun saya berehat. Ramai kawan-kawan yang mahu saya kembali aktif mewarnai politik," katanya yang juga merupakan seorang blogger aktif di negeri ini sejak 1998.

Shukri berkata pada awalnya beliau mahu terus berjuang dengan NGO yang tidak melibatkan politik kepartian, namun selepas melihat senario semasa hari ini dia terpanggil untuk kembali aktif.

"Dalam masa terdekat ini saya akan adakan beberapa pertemuan dengan pemimpin politik di Pahang. Saya belum putuskan lagi parti politik manakah yang akan saya sertai. Tunggu pengumuman rasmi," dakwa beliau.

Ketika ditanya, adakah beliau akan sertai parti gabungan kerajaan atau pembangkang? Shukri berkata, beliau akan mempertimbangkan perkara itu dalam sehari dua ini.

Sebelum ini terdapat ura-ura beliau akan sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulah kehadirannya pada satu majlis anjuran parti itu di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.

Namun, Shukri mendakwa beliau hadir atas jemputan sahabat lama PKR yang kini aktif dengan Bersatu. 

"Saya hormati jemputan rakan-rakan, tidka bermakna saya sudah buat keputusan.  Saya bertemu rakan lama ketika aktif dengan PKR dulu. Persahabatan tetap dipertahankan, walau berbeza ideologi politik," katanya.

"Bagi saya, parti politik hari ini umpama sebuah kapal. Kita boleh pilih kapal mana untuk kita naik untuk belayar. Ada kapal kecil ada yang besar. Ada yang baru ada yang lama. Ada kapal masih utuh dan ada yang hampir karam. Ada pula kapal yang ada dua tiga nakhoda. Pendek kata pilihan ditangan kita.

"Dulu saya terfikir, kapal besar itu kuat. Namun hari ini ia juga boleh karam. Dulu saya fikir ada kapal nak belayar jauh mengelilingi dunia tanpa singgah di mana-mana pelabuhan. Tapi kini, belum jauh pelayaran singgah di beberapa buah pelabuhan," katanya dengan nada sini.

Justeru, Shukri mendakwa tidak perlu ada pihak yang mendakwa merekalah pejuang sebenar dalam politik.

"Hari ini, semua pihak claim mereka benar dan jujur berjuang untuk rakyat ketika tiada kuasa. Bila dah dapat kuasa, mereka lupa dan tidak tunaikan janji kepada rakyat. Benda inilah yang saya mahu ubah, agar semua pihak benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan rakyat. Tidak perlu ada matlamat lain, selain menjadikan platform politik untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara, ' tambah Shukri yang juga merupakan seorang aktivis yang banyak membangkitkan isu rakyat di negeri Pahang sejak sekian lama.

Shukri turut mendakwa, niat beliau untuk kembali ke platform politik kerana mahu suburkan amalan demokrasi, menjadi penegur dan pengkritik yang lebih efisyen pada masa akan datang. 

"Pada masa ini, orang padang sebelah mata kepada saya kerana tiada platform politik. Saya hanyalah aktivis bebas yang bergerak dalam kapasiti yang cukup terhad. Maka itulah tiba masanya untuk saya berbakti pula kepada masyarakat menerusi wadah perjuangan yang lebih jelas," katanya lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak setuju beliau kembali aktif dalam politik, namun  baginya orang boleh cakap apa saja jika tidak mengikut selera mereka. 

"Saya duduk sebelah pembangkang orang marah, saya duduk sebelah kerajana orang marah... malah saya duduk sebelah bebas pun orang marah. Semua tak betul di mata orang sekeliling. Maka, kali ini biarlah saya sendiri buat keputusan. Setuju atau tidak itu hak masing-masing. Apa yang penting, saya mahu terus membela rakyat dengan lebih agreasif lagi pada masa depan," katanya.

Shukri pernah beberapa kali bertanding pilihanraya. Pada 2008 beliau bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan. Manakala pada 2013, dia bertanding bebas di DUN Semambu dan terbaharu 2020 di PRK DUN Chini. Sebelum itu pada 2003 nama beliau naik sebagai calon PKN di DUN Lepar dan pada PRK Parlimen Rompin, beliau juga menawarkan  diri sebagai calon, namin gagal berbuat demikian akibat masalah teknikal.

"Keputusan saya jelas, saya akan tentukan parti politik manakah yang akan saya sertai. Mungkin saya kembali semula kepada PKR, atau sertai UMNO, PAS dan BERSATU. Atau mungkin saya bersama PH dalam AMANAH dan DAP. Atau mungkin juga saya sertai parti baharu seperti PUTRA, PEJUANG dan lain-lain lagi. Segalanya masih terbuka," tambah beliau lagi. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini

Sekianlah artikel Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/calon-bebas-prk-dun-chini-nyatakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Calon 'Bebas' PRK DUN Chini Nyatakan Hasrat Mungkin Akan Aktif Semula Politik Selepas Ini"

Catat Ulasan

Loading...