Judul : Covid-19: Sebanyak 1,275 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 1,275 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Covid-19: Sebanyak 1,275 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
PUYRAJAYA - Sebanyak 1,275 jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 339,443 kes, maklum Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Seorang lagi korban direkod manakala wabak ini telah meragut keseluruhan sebanyak 1,249 nyawa.
"Kes kematian pada hari ini melibatkan satu kes warganegara di Selangor.
"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau," kata Noor Hisham pada satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, seramai 161 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini 14,269 kes, katanya.
Dr Noor Hisham berkata Selangor terus mendahului jangkitan harian tertinggi dengan 478 kes, diikuti Sarawak (213 kes) dan Pulau Pinang (137 kes).
Sementara itu, katanya 13 lagi kluster dikesan hari ini melibatkan 11 kluster di tempat kerja dan dua kluster komuniti iaitu Kluster Batu Gong di Sarawak dan Kluster Pengkalan Nangka Tumpat di Kelantan.
Kluster di tempat kerja melibatkan Kluster Taman Brick, Kluster Jalan Gemilang Sukan dan Kluster Jalan Sungai Chat di Johor; Kluster Tapak Bina Sungai Emas dan Kluster Tapak Bina Jalan Atmosphere (Selangor);Kluster Persiaran Cassia Selatan dan Kluster Lebuhraya Kampung Jawa (Pulau Pinang); Kluster Sawit Sebrang dan Kluster Kolam Lintas (Sabah) serta Kluster Paya Bemban di Kelantan dan Kluster Lorong Desa Senadin di Sarawak.
“Pertambahan kluster baru menjadikan jumlah kluster di Malaysia sebanyak 1,335 dengan 393 daripadanya masih aktif manakala 14 kluster diisytiharkan tamat hari ini,” jelasnya.
Status ringkas:
Kes sembuh= 1,509
Jumlah kes sembuh=323,925
Kes baru positif=1,275 (1,243 tempatan, 32 import)
Jumlah positif=339,443
Kes kematian=1
Jumlah kes kematian=1,249
Kes dirawat di ICU=161
Bantuan Alat Pernafasan=70
Pecahan kes baru (1,275):
Selangor
101 kluster sedia ada
27 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Atmosphere dan Tapak Bina Sungai Emas)
261 saringan kontak rapat
75 lain-lain saringan
14 import
Sarawak
20 kluster sedia ada
21 kluster baharu (Batu Gong dan Lorong Desa Senadin)
127 saringan kontak rapat
40 lain-lain saringan
5 import
Pulau Pinang
6 kluster sedia ada
45 kluster baharu (Persiaran Cassia Selatan dan Lebuhraya Kampung Jawa)
49 saringan kontak rapat
37 lain-lain saringan
Johor
33 kluster sedia ada
27 kluster baharu (Jalan Gemilang Sukan, Taman Brick dan Jalan Sungai Chat)
41 saringan kontak rapat
19 lain-lain saringan
Kuala Lumpur
18 kluster sedia ada
34 saringan kontak rapat
21 lain-lain saringan
13 import
Kelantan
30 kluster sedia ada
6 kluster baharu (Paya Bemban dan Pengkalan Nangka Tumpat)
40 saringan kontak rapat
10 lain-lain saringan
Sabah
1 kluster sedia ada
14 kluster baharu (Kolam Lintas dan Sawit Sebrang)
28 saringan kontak rapat
8 lain-lain saringan
Perak
11 kluster sedia ada
3 kluster baharu (Persiaran Cassia Selatan)
4 saringan kontak rapat
10 lain-lain saringan
Kedah
10 kluster sedia ada
12 saringan kontak rapat
5 lain-lain saringan
Melaka
16 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan
Negeri Sembilan
4 kluster sedia ada
6 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan
Pahang
3 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan
Labuan
1 kluster sedia ada
3 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan
Terengganu
1 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan
Putrajaya
2 kluster sedia ada
Perlis
2 lain-lain saringan
#sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,275 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,275 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/covid-19-sebanyak-1275-kes-positif.html

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,275 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"
Catat Ulasan