Loading...

Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Loading...
Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,448 kes COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 10 kes dikesan mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes hari ini ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini mencecah 317,717 kes.

Katanya, Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 561 kes, diikuti Johor (273) serta Sarawak 199 kes.

"Sehingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitann COVID-19 ialah sebanyak 18,010 kes dan daripada jumlah ini 151 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 72 kes memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat lima kes kematian baharu membabitkan pesakit berusia antara 43 hingga 72 tahun dan mempunyai pelbagai penyakit kronik menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,191 kes.

Beliau turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini pihaknya merekodkan sebanyak 2,147 kes sembuh daripada COVID-19.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 298,516 kes bersamaan 93.96 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata, lima kluster baharu dilaporkan hari ini masing-masing dua kluster di tempat kerja dan dalam kalangan komuniti, manakala satu kluster membabitkan kes import.

"Kluster yang dikesan dalam kalangan kes import ini dikenali sebagai Kluster Pona membabitkan daerah Johor Bahru.

"Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 hari ini hasil saringan sebelum ke luar negara yang membabitkan kru sebuah kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru pada 6 Mac lalu.

"Kapal kargo ini mempunyai sejarah perjalanan dari Surabaya, Indonesia dan sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti lapan individu," katanya.

Sementara itu, mengenai kluster lain Dr Noor Hisham berkata Kluster Sungai Puteh dikesan di Hulu Langat dan kini sudah menjangkiti 21 kes.

"Turut dikesan ialah Kluster Dagang Permai (Hulu Langat) menjangkiti 16 kes; Kluster Parit Penyengat Darat (Muar) menjangkiti 124 kes serta Kluster Melor (Pusa, Sarawak) menjangkiti 14 kes," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/covid-19-sebanyak-1448-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,448 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"

Catat Ulasan

Loading...