Judul : Covid-19: Sebanyak 1,482 Kes Positif Baharu Dengan Tujuh Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 1,482 Kes Positif Baharu Dengan Tujuh Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Covid-19: Sebanyak 1,482 Kes Positif Baharu Dengan Tujuh Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan kes baharu Covid-19 kekal empat angka dengan 1,482 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,070 pesakit sembuh dan tujuh kematian dilaporkan.
Ini menjadikan 329,624 kes sembuh daripada keseluruhan 345,500 kes Covid-19 dengan 1,272 kematian direkodkan setakat ini.
Katanya, terdapat 14,604 kes aktif dengan 81 daripada 164 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes baharu itu, dua ialah kes import dan 1,480 kes penularan tempatan yang membabitkan 896 warganegara manakala 584 adalah warga asing.
Noor Hisham berkata, Selangor kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 661 kes.
Ini disusuli Pulau Pinang dengan 200 kes, Sarawak (176), Johor (86), Sabah (69), Kelantan (57), Kuala Lumpur (42), Melaka (41), Kedah (37), Pahang (36), Negeri Sembilan (32), Perak (31), Labuan (lapan), Putrajaya (tiga), Terengganu (dua) dan Perlis (satu), #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,482 Kes Positif Baharu Dengan Tujuh Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,482 Kes Positif Baharu Dengan Tujuh Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/covid-19-sebanyak-1482-kes-positif.html

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,482 Kes Positif Baharu Dengan Tujuh Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"
Catat Ulasan