Judul : Covid-19: Sebanyak 1,529 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Terus Tunjuk Penurunan
link : Covid-19: Sebanyak 1,529 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Terus Tunjuk Penurunan
Covid-19: Sebanyak 1,529 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Terus Tunjuk Penurunan
PUTRAJAYA - Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 1,529 kes baharu dilaporkan hari ini.
Sebanyak 1,683 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam negara, semalam.
Jumlah direkodkan hari ini sekali gus yang terendah pernah dilaporkan sejak Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2021) dikuatkuasakan pada 11 Januari lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 726 kes baharu diikuti Sarawak (252 kes), Johor (120 kes) dan Negeri Sembilan (89 kes).
"Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes hari ini," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Menerusi perkongsian hantaran itu, Dr Noor Hisham memaklumkan negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Pulau Pinang dengan 76 kes baharu dan masing-masing 71 kes dilaporkan di Sabah dan Kuala Lumpur.
"Turut menunjukkan pertambahan kes hari ini ialah Perak (49); Kelantan (28); Perlis (17); Terengganu (13) Kedah (sembilan); Melaka (empat); Pahang (tiga) dan Putrajaya (satu)," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,529 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Terus Tunjuk Penurunan
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,529 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Terus Tunjuk Penurunan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/covid-19-sebanyak-1529-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,529 Kes Positif Baharu Di Rekodkan Hari Ini, Terus Tunjuk Penurunan"
Catat Ulasan