Loading...

Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Loading...
Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,683 kes baharu COVID-19 dengan 10 daripadanya membabitkan kes import dilaporkan hari ini, sekali gus menjadi jumlah kes terendah pernah dilaporkan sejak Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2021) dikuatkuasakan pada 11 Januari lalu.

Ordinan itu bertujuan membolehkan kerajaan menangani wabak COVID-19 dengan lebih cekap dan berkesan, termasuk menambah baik pengurusan penginapan pekerja asing yang menjadi antara punca utama penularan COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 313,460 kes.

Katanya, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 746 kes baharu atau 44.3 peratus dan daripada jumlah itu sebanyak 639 kes (85.7 peratus) adalah daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti Sarawak sebanyak 201 kes (11.9 peratus) dan Pulau Pinang dengan 172 kes baharu (10.2 peratus).

"Selain itu, 61 kes yang dilaporkan hari ini (semalam) atau 3.6 peratus dikesan bagi kluster dalam penjara dan depot tahanan imigresen (DTI).

"Antaranya Kluster Jalan Awang (42 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (13 kes), Kluster Tembok Taiping (tiga kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (dua kes) dan Kluster Tembok Tapah (satu kes)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini membuat pengumuman Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada pertengahan Januari lalu dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh lebih awal jika penularan COVID-19 dapat dikawal.

Malah Jawatankuasa Khas Bebas Darurat turut ditubuhkan antara lain berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung tarikh penamatannya

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes turut dikesan di Perlis iaitu 24 kes baharu COVID-19.

"Pertambahan kes itu membabitkan 13 kes dalam Kluster DTI Persiaran Wawasan dan 11 kes pula di sebuah pusat tahanan.

"Punca jangkitan masih dalam siasatan. Aktiviti kawalan dan pencegahan bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kluster ini sedang dijalankan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini sebanyak 20,333 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan 174 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Daripada jumlah kes di ICU itu, terdapat 81 individu masih memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, tiga kes kematian membabitkan warganegara hari ini iaitu dua kes dilaporkan di Selangor dan satu di Pahang.

Kes kematian itu membabitkan mereka yang berusia antara 78 hingga 85 tahun dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,169 kes.

Bagi lapan kluster baharu yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, lima kluster membabitkan kes di tempat kerja, dua di pusat tahanan dan satu membabitkan kes dalam kalangan komuniti.

"Kluster di tempat kerja membabitkan Kluster Kemuning Enam (Klang) menjangkiti 44 kes; Kluster Jalan Sungai (Hulu Langat) menjangkiti enam kes dan Kluster Industri Inanam (Kota Kinabalu) menjangkiti 20 kes.

"Kluster Jalan Industri Tiga Pontian menjangkiti 19 kes; Kluster Tapak Bina Jalan Satu (Lembah Pantai) menjangkiti 12 kes dan Kluster Jalan Awang (Sibu, Sarawak) menjangkiti 42 kes," katanya.

Bagi kluster dikesan dalam pusat tahanan, Dr Noor Hisham berkata, ia berlaku di daerah Sibu, Sarawak yang dikenali sebagai Kluster Jalan Awang dan kini sudah menjangkiti 43 kes.

"Satu lagi kluster dalam tahanan ialah Kluster DTI Persiaran Wawasan di daerah Kangar, Perlis yang menjangkiti 14 kes.

"Selain itu, kluster dalam kalangan komuniti pula membabitkan daerah Sibu di Sarawak yang dikenali sebagai Kluster Kiba dan sudah menjangkiti 33 kes," katanya.

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 2,506 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 291,958 kes. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/covid-19-sebanyak-1683-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,683 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"

Catat Ulasan

Loading...