Loading...

Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Loading...
Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA - Selepas hampir empat bulan kes harian COVID-19 dilaporkan empat angka, hari ini buat pertama kali Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan jumlah kes tiga angka dengan 941 kes baharu sehingga tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi statistik di media sosialnya, berkata ketika ini negara sudah mencatat sejumlah 342,885 kes positif COVID-19 sejak penularannya di negara ini pada akhir Januari tahun lalu.

Berdasarkan statistik yang dikongsi itu, Selangor mencatatkan 219 kes positif baharu hari ini, diikuti Sarawak (192) dan Johor (171), manakala Perlis kekal pada angka sifar.

Kali terakhir KKM merekodkan kes tiga angka pada 9 Disember tahun lalu.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini jumlah kes aktif adalah sebanyak 14,219 kes.

Beliau berkata, sebanyak 933 daripada 941 kes direkodkan hari ini membabitkan jangkitan tempatan dengan 653 warganegara, warga asing (280) dan lapan kes lagi membabitkan kes import iaitu dua rakyat negara ini dan enam bukan warganegara.

"Sebanyak 166 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 73 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"KKM juga merekodkan lima kes kematian berkaitan COVID-19, iaitu empat warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian membabitkan wabak itu sebanyak 1,260 kes atau 0.37 peratus daripada kes yang dilaporkan setakat ini.

"Sebanyak 1,097 kes pulih juga dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya di negara ini sebanyak 327,406 kes atau 95.5 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/covid-19-sebanyak-941-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 941 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...