Judul : Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung 'Kes Liwat' Anwar Ibrahim !
link : Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung 'Kes Liwat' Anwar Ibrahim !
Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung 'Kes Liwat' Anwar Ibrahim !
KUALA LUMPUR - Seorang hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemula ketua pembangkang itu berkaitan sabitan dalam kes liwat II.
Datuk Seri Kamaludin Md Said hari ini memilih untuk menarik diri daripada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan Anwar.
Ini bukan kali pertama Kamaludin menarik diri daripada kes melibatkan Anwar.
Pada 2017, hakim itu juga menarik diri daripada mendengar permohonan Presiden Parti Keadilann Rakyat (PKR) itu untuk mencabar Lembaga Pengampunan yang menolak petisyennya bagi sabitan liwat.
Sebelum menjadi hakim, Kamaludin adalah salah seorang timbalan pendakwa raya dalam kes liwat I membabitkan Anwar yang didakwa meliwat Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.
Kamaludin juga mewakili kerajaan sebagai peguam kanan dalam salah satu kes membabitkan Anwar pada tahun 2010.
Mahkamah Rayuan hari ini pada awalnya ditetapkan mendengar rayuan Anwar berhubung kes saman terhadap kerajaan berkaitan kes liwat II.
Kes liwat II melibatkan dakwaan bahawa Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, dalam saman pemula yang difailkan pada 9 Jun 2017 terhadap kerajaan Malaysia mendakwa dia tidak dibicarakan dengan adil dalam rayuannya berhubung sabitan kes liwat terhadapnya. #sumber
Demikianlah Artikel Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung 'Kes Liwat' Anwar Ibrahim !
Anda sekarang membaca artikel Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung 'Kes Liwat' Anwar Ibrahim ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/hakim-mahkamah-rayuan-diri-dari.html
0 Response to "Hakim Mahkamah Rayuan Diri Dari Mendengar Rayuan Berhubung 'Kes Liwat' Anwar Ibrahim !"
Catat Ulasan