Loading...

Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan

Loading...
Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan
link : Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan

Baca juga


Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan

 

KUALA LUMPUR - Harta mencecah RM48.5 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng kini milik Kerajaan Malaysia.

Beliau merupakan bapa ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau Jho Low manakala wang dalam akaun itu didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Perkara itu ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas berpuas hati tiada pihak ketiga hadir bagi membantah permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucuthak harta berkenaan.

Sehubungan itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan SPRM untuk melucuthak harta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik bapa Jho Low.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Shafinaz Shabudin memaklumkan bahawa tiada pihak ketiga tampil bagi mencabar  tindakan pelucutan hak tersebut.

Beliau menyatakan, hari ini sepatutnya ditetapkan bagi penghujahan pihak ketiga bagi mencabar permohonan SPRM, namun tiada sesiapapun hadir berbuat demikian.

Sebelum ini media melaporkan bahawa akaun Hock Peng dibekukan pihak berkuasa kerana harta itu dipercayai sebahagian daripada penyiasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pada 29 Mac 2018, kerajaan memfailkan tindakan pelucutan sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Hock Peng dengan mendakwa ia adalah hasil kegiatan pengubahan wang haram.

Wang yang dirampas termasuk tujuh akaun daripada bank RHB dan Maybank Berhad (MBB) masing-masing di KLCC, Kuala Lumpur dan Plaza Gurney, Pulau Pinang.

Harta terbabit adalah wang berjumlah RM20,784,952.56 dengan faedah dalam akaun semasa atas nama Hock Peng (Responden) di RHB yang disita pada 11 Disember 2018.

Turut disita, empat lagi akaun RHB masing-masing berserta faedah, wang berjumlah RM300,000; RM500,000 dan RM20 juta.

Bagi akaun MBB jumlah terbabit termasuk faedah ialah RM6,613,970.78, RM462,618.38 dan RM318,021.95.

Kesemua akaun itu adalah akaun simpanan tetap dan semasa yang disita pada Disember 2018 dan 31 Januari 2019. #sumber



Demikianlah Artikel Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan

Sekianlah artikel Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/harta-bapa-jho-low-tan-sri-larry-low.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Harta Bapa 'Jho Low', Tan Sri Larry Low Hock Peng Hampir RM48.5 Juta Kini Milik Kerajaan"

Catat Ulasan

Loading...