Loading...

Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu !

Loading...
Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu !
link : Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu !

Baca juga


Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu !

 

KOTA BHARU - Keghairahan media dan portal berita memainkan isu PKR mahu bekerjasama dengan UMNO dianggap tidak lebih hanya sekadar khabar angin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pemimpin UMNO diharap bijaksana dalam membuat sebarang keputusan.

“Setakat yang saya tahu, majoriti pemimpin dan ahli UMNO berasakan mereka perlu berada bersama PAS dan Bersatu,” ujarnya selepas majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Pengilangan OTC I Medikel Pharma Holdings Berhad di Seksyen 44 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden I Medikel Pharma Holdings Berhad Yusmat Mamat dan Pengarah Mara Negeri Abdul Wahab Yusoff.

Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan dilapor berkata, keputusan Perhimpunan Agung 2019 menolak kerjasama dengan PKR dan DAP kekal sehingga sekarang.

“Jika Anwar masih mahu mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama politik dengan UMNO itu adalah haknya untuk bercakap seperti mana selama ini beliau tidak berhenti mengatakan ada majoriti di parlimen,” ujarnya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pandangan majoriti pemimpin UMNO perlu diambil kira sebelum parti itu membuat sebarang keputusan rasmi.

Menurutnya juga masih ada pihak yang mengeluarkan kenyataan bentuk provokasi supaya PAS melenting (marah) yang akhirnya merobohkan hubungan baik dengan UMNO.

“Jadi baik kita diam saja, sama juga seperti kisah dalam rumah tangga bila isteri berleter suami diam. Kalau dua-dua berleter harus bertumbuk.

“Jadi kita biarkan sajalah, kenyataan itu mungkin keluar kerana dia (Tengku Razaleigh) dalam keadaan marah, macam dalam rumah tangga,” katanya.

Baru-baru ini Penasihat UMNO yang juga ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilaporan menggelarkan PAS sebagai pelacur politik. #sumber



Demikianlah Artikel Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu !

Sekianlah artikel Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/hubungan-pkr-umno-sekadar-khabar-angin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hubungan PKR-UMNO Sekadar 'Khabar Angin' , Media Dan Portal Berita Ghairah Mainkan Isu !"

Catat Ulasan

Loading...