Loading...

Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk !

Loading...
Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk !
link : Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk !

Baca juga


Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk !

KOTA BHARU - Kerjasama strategik boleh dibentuk antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) setelah DAP menolak kerjasama secara gabungan (coalition) dengan parti Melayu terbabit, kata bekas Naib Presiden Amanah, Husam Musa.

Dakwanya, kerjasama secara pakatan strategik adalah berbeza berbanding melalui bentuk gabungan.

Kata Husam pakatan secara strategik itu sudah pun dilakukan oleh UMNO bersama PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Kerjasama ini ada banyak bentuk, sebagai coalition (dengan UMNO) DAP dah kata tak boleh terima.

"(Tapi) Kerjasama sebagai strategic alliance ini berbeza. Macam PAS dengan UMNO pada PRU lepas bekerjasama secara strategic alliance untuk menutup (mengaburi) mata rakyat dan ahli.

"Mereka bertanding tiga penjuru, secara besar-besaran dan akibatnya UMNO tumbang," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan kerusi roda kepada keluarga asnaf di Kampung Gerong, Tumpat, hari ini.

Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan kerjasama terjalin di antara parti-parti dalam PH dengan UMNO.

Terdahulu, PKR menyatakan untuk tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan UMNO, manakala DAP pula memberi gambaran kerjasama boleh dijalinkan atas kepentingan dan manfaat rakyat. 

Sementara itu Husam berkata, jika kerjasama strategik itu wujud, apa yang berlaku pada PRU lalu boleh diambil kira dan dipertimbangkan.

"Tidak semestinya UMNO masuk PH, atau (adakan) kerjasama secara terbuka. Tetapi strategic alliance ini mengambil kira kepentingan-kepentingan dan prinsip-prinsip tertentu.

"Kepentingan utama, negara perlu ada satu susunan (jumlah ahli parlimen dengan majoriti) yang stabil, sekarang kerajaan sangat tak stabil.

"Secara moral kerajaan sudah dianggap rosak," ujarnya.

Sehubungan katanya untuk membolehkan pakatan strategik itu berlaku sebuah parti tunjang diperlukan untuk membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh.

"PH sudah menjadi anchor party tetapi tidak cukup kekuatan. Jadi prinsipnya perlu dihuraikan oleh pimpinan-pimpinan parti.

"UMNO pun kena datang dengan prinsip dan naratif baru. Jadi tak bertentangan dengan pendirian DAP," jelas Husam yang juga anggota Dewan Negara. #sumber



Demikianlah Artikel Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk !

Sekianlah artikel Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/husam-yakin-pakatan-strategik-antara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Husam Yakin Pakatan Strategik Antara UMNO Dengan Pakatan Harapan Boleh Di Bentuk !"

Catat Ulasan

Loading...