Loading...

Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf !

Loading...
Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf !
link : Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf !

Baca juga


Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf !


KUANTAN - Susulan isu 'banjir kilat' yang sering melanda laluan jalan di flyover Widad (Kolej Universiti Widad" di Bandar Indera Mahkota dekat sini, kerajaan digesa menaiktaraf sistem perparitan dan pembentungan di lokasi terbabit. 

Demikian ditegaskan oleh aktivis bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli pada satu kenyataan di laman sosial facebook beliau malam ini. 

Beliau yang sempat membuat edisi terjah ke lokasi terbabit ketika hujan lebat melanda Kuantan petang tadi memuat naik status berkenaan  berserta video FB Live yang membuktikan kenyataan  berfakta tentang isu ini. 

"Hari ini saja dua kali banjir terjadi akibat hujan lebat. Lokasi ini sudah beberapa kali diterjah, namun tiada tindakan drastik yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi isu yang berlarutan sejak sekian lamanya ini," kata kenyataannya. 

Justeru beliau membrikan cadangan dan usul supaya beberapa perkara diberi perhatian oleh pihak kerajaan. 

Pertama katanya, longkang sempit dan perlu di besar serta didalamkan, agar air boleh mengalir dengan baik untuk ke saluran utama. 

Kedua, sampah sarap yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan laluan air jadi tersekat dan ia melimpah ke luar apabila  berlaku hujan lebat berterusan.

Dan ketiga beliau menggesa Sistem perparitan dan pembentungan perlulah dinaiktaraf agar dapat memudahkan aliran air lebih sistematik dan efisyen.

"Lokasi ini tidak perlu diletakkan 'pancang kayu' aras banjir kerana ia bukan kawasan banjir utama seperti jalanraya di tebing sungai. Isu banjir timbul akibat sikap tidak cakna apa yang didedahkan ini sebenarnya. 

"Saya ada membuat rakaman live FB bagi membuktikan dakwaan  berfakta ini. Sampai bila laluan ini perlu berhadapan dengan  isu "banjir kilat"?. Setiap kali hujan lebat pasti air naik dan menutup jalan. Ini menyusahkan orang ramai yang lalu lalang di sini," tambah Shukri lagi. 

Beliau turut menggesa agar pihak berwajib dapat menaiktaraf segala usul yang dinyatakan ini agar memberi keselesaan kepada semua pihak terutamanya pengguna jalanraya yang melalui jalan ini.

" Jika tidak diperbetulkan, nescaya isu banjir kilat ini tidak akan ada kesudahannya kelak. Kuantan sudah bertaraf "bandaraya", maka masalah sistem perparitan dan pembetungan ini sepatutnya dinaiktaraf sejajar dengan hasrat jadikan Kuantan Bandaraya Lestari," tambah kenyataannya lagi. 

Shukri turut membuat rakaman video terjah sebagai bukti kukuh yang menyokong cadangan beliau ini. Paling menarik video dirakamkan ketika air surut dan air mula naik melimpahi jalan di laluan terbabit. Klik https://www.facebook.com/shukrieramly/videos/1571999463191068/ untuk menonton video eksklusif tersebut. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf !

Sekianlah artikel Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/isu-banjir-kilat-di-flyover-widad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu 'Banjir Kilat' Di Flyover Widad, Perparitan Dan Pembentungan Perlulah Di Naik Taraf !"

Catat Ulasan

Loading...