Loading...

Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri !

Loading...
Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri !
link : Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri !

Baca juga


Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri !

 

PUTRAJAYA - Kaedah pemberian vaksin dari rumah ke rumah seperti dicadangkan segelintir pihak dikhuatiri bakal mencetuskan tanggapan mengerikan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menegaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan secara sukarela.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disediakan saluran tertentu untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin, sebelum diberikan janji temu bagi mendapatkan suntikan pelalian.

"Bayangkan kalau kita ketuk pintu rumah ke rumah, siap dengan picagari dan jarum, ia akan beri mesej yang agak mengerikan, silap-silap orang takut nak buka pintu.

"Justeru, kita utamakan kaedah pendaftaran dari rumah ke rumah dan apabila selesai proses itu, mereka akan dikehendaki untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tertentu," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), di sini, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata kaedah pengurusan khas akan disediakan kepada penerima vaksin fasa kedua sekiranya mereka berdepan kekangan tertentu untuk hadir ke PPV.

Seandainya penerima ialah pesakit terlantar, beliau berkata petugas pemberi vaksin atau vaksinator akan hadir ke rumah bagi memudahkan urusan mereka.

"Apabila kita ketuk pintu rumah ke rumah dan melakukan pendaftaran, berkemungkinan ada golongan penerima yang memang berdepan kesukaran untuk pergi ke PPV.

"Maka, kita akan permudahkan dengan beri vaksin kepada golongan sedemikian di rumah, namun saya yakin jumlah sebegini tidak ramai.

"Sebahagian besar boleh pergi mendapatkan suntikan vaksin di PPV yang ditentukan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri !

Sekianlah artikel Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/kaedah-beri-vaksin-dari-rumah-ke-rumah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kaedah Beri Vaksin 'Dari Rumah Ke Rumah' Di Khuatiri Bakal Mencetuskan Tanggapan Ngeri !"

Catat Ulasan

Loading...