Loading...

Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti

Loading...
Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti
link : Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti

Baca juga


Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti

 

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedia bertanding secara solo meskipun terpaksa berdepan dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kata veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Jelas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu, dia yakin BN mampu mencipta kemenangan meskipun bergerak sendirian sekiranya PAS memutuskan kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

"Kita selalu bertanding solo... Kalau tak yakin (menang) macam mana kita nak bertanding? Memanglah, kita sebelum ini pun kita bertanding solo," katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar presiden Perhimpunan Agung UMNO 2020, di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya sama ada keputusan BN untuk bertanding secara solo akan mengguris hati PAS, Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li berkata sehingga kini UMNO masih bersama parti itu.

"Itu terpulang kepada PAS kerana kita bersikap bersama dengan dia dalam Muafakat Nasional (MN). Tetapi selepas kita buat keputusan tarik diri daripada PN dan menteri-menteri kita (UMNO) akan berhenti daripada menjadi menteri, timbalan menteri, daripada menjadi pengerusi GLC, lantikan kerajaan PN, kita tidak ada kena mengena lagi dengan PN.

"Oleh kerana itu, kita akan melawan. Kalau PAS masih ada di situ (bersama PN), kita lawanlah dia. Apa nak buat," katanya lagi.

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan dasar, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN bersedia untuk menghadapi PRU-15 secara bersendirian.

Katanya, ia bagi membolehkan UMNO kembali menjadi kuasa politik dominan selepas PRU-15 dengan memenangi banyak kerusi.

"Memahami realiti politik semasa, BN seharusnya bersiap-siaga. BN telah memutuskan akan menghadapi PRU-15 secara bersendirian.

"Biar saya jelaskan, once and for all, untuk UMNO menjadi dominan semula selepas PRU-15, pertamanya, kita mesti menang kerusi terbanyak. Kedua, BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita," kata Ahmad Zahid.

Dalam pada itu Tengku Razaleigh berkata, jika PAS masih bersama UMNO parti itu perlu mencari formula bagi mengelak pertembungan.

Sementara itu, bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa berkata sudah menjadi hak presiden untuk menyatakan pendiriannya bahawa BN akan bertanding secara solo.

Bagaimanapun, kata Annuar, terpulang kepada perwakilan untuk menilainya.

"Ya hak presiden untuk memasukkan dalam ucapan dasar dan terserah kepada UMNO, terserah pada perwakilan nak bertanding solo. Sekurang-kurangnya presiden buat penjelasan nak bertanding solo.

"Sebelum ada ini kita tengok ada nak bekerjasama dengan orang itu, orang ini. sekurang-kurangnya presiden buat penjelasan pendirian beliau dan terpulang pada ahli-ahli untuk buat penilaian," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti

Sekianlah artikel Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/kalau-pas-masih-putuskan-mahu-bersama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kalau PAS Masih Putuskan Mahu Bersama PN, UMNO BN Terpaksa Lawan Pada PRU-15 Nanti"

Catat Ulasan

Loading...