Loading...

Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta !

Loading...
Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta !
link : Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta !

Baca juga


Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta !

 

BANDAR BAHARU - Hanya dua mayat ditemui di dalam kereta Proton Persona yang terjunam ke dalam Tasik Lake Resort Serdang, malam tadi.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Bandar Baharu, Mohd Hafiz Suhaimi, selepas kereta berjaya dinaikkan ke tebing tasik, pihaknya hanya menemui dua mangsa di dalam kenderaan terbabit bukannya tiga seperti yang maklumat yang diterima sebelum itu.

Beliau berkata, hasil selaman yang dilakukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) mendapati hanya dua mangsa ditemui terperangkap dalam kereta berkenaan.

"Setelah ketibaan PPDA, kita membuat selaman dan menjumpai dua mangsa iaitu seorang wanita dewasa dan seorang wanita warga emas.

"Setelah perbincangan dengan polis dan bukti-bukti daripada mangsa yang saksi yang melihat kejadian, memang didapati hanya ada dua mangsa yang terlibat dalam kenderaan tersebut dan kita berjaya keluarkan pada jam 8.59 malam.

"Jarak dari tebing kenderaan terjunam lebih kurang 10 meter, manakala kedalaman lebih kurang 5 meter," kata Mohd Hafiz.

Identiti kedua-dua mangsa disahkan sebagai Nor Aiza Hashim, 28, dan ibunya, Hasmah Mat Isa, 68.

Kedua-dua mangsa ditemukan di tempat duduk bahagian belakang dipercayai terperangkap selepas pintu gagal dibuka dari dalam.

Mohd Hafiz memaklumkan ketika kejadian Nor Aiza berada di luar kenderaan. Bagaimanapun, secara tiba-tiba kenderaan yang dipakir itu meluncur lalu masuk ke dalam tasik.

Nor Aiza terjun ke dalam tasik cuba menyelamatkan ibunya yang berada di dalam kereta, namun dia juga terperangkap.
Ketika itu empat orang awam cuba membantu menyelamatkan dua beranak berkenaan, namun gagal.

Mohd Hafiz berkata, kereta Proton Persona itu berjaya dinaikkan pada jam 11.02 malam dan mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. #sumber



Demikianlah Artikel Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta !

Sekianlah artikel Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/kereta-terjunam-ke-dalam-tasik-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik, Hanya Dua Mangsa "Anak Beranak" Maut Dalam Kereta !"

Catat Ulasan

Loading...