Loading...

KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands

Loading...
KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands
link : KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands

Baca juga


KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands

 

IPOH - Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah memasang Sistem Amaran Awal (EWS) Tanah Runtuh di sekitar kawasan cerun di Seksyen 44, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Cameron Highlands bagi mengesan sebarang runtuhan susulan.

KKR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ketika ini terdapat runtuhan tanah di cerun jalan itu, yang merupakan laluan untuk berulang-alik dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands, dengan anggaran kedalaman runtuhan setinggi 250m dan sepanjang 600m.

Kenyataan itu menyebut sistem EWS tersebut menggunakan dua Robotics Total Station (RTS) dan 27 prisma.

“Usaha pembaikan jangka masa panjang terus dilaksanakan yang kini memasuki peringkat perancangan reka bentuk. Konsep ‘Contiguous Bored Pile Wall’ dirancang digunakan bagi pembaikan cerun ini.

“Peruntukan kerja pembaikan cerun yang diterima pada tahun ini adalah sebanyak RM8 juta melalui Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12. Kos anggaran keseluruhan pembaikan adalah RM127 juta dan baki peruntukan akan diterima bermula tahun hadapan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof turun padang meninjau dua lokasi di Jalan Persekutuan FT185 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya dari Simpang Pulai ke Gua Musang, Kelantan.

Bagi lokasi kedua iaitu di jalan Seksyen 60 hingga Seksyen 62 FT185 di Lojing, Kelantan yang rosak akibat banjir lumpur pada 3 Jan lepas, laluan itu masih boleh diakses pengguna namun di beberapa lokasi berlaku lencongan sementara.

“Kesan bencana tersebut, lima jambatan di lokasi turut terjejas. Pembaikan menyeluruh melibatkan jalan, jambatan, cerun, perabut jalan dan lampu jalan perlu dilaksanakan di masa hadapan bagi mengelakkan perkara sama berulang. Kos jangka panjang ini dianggarkan sebanyak RM5.8 juta,” menurut kenyataan itu.

Tinjauan turut dilakukan di lokasi Cadangan Projek Jalan Pintas di Kuala Terla dan Blue Valley berikutan laluan sedia ada tidak dapat menampung keperluan trafik akibat aktiviti perniagaan serta pelancongan yang semakin bertambah di sepanjang laluan itu.

Menurut KKR, kajian Kesesakan Lalulintas Cameron Highlands dijangka siap pada Oktober ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dengan mengambil kira aspek teknikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar.

“KKR sedar faktor alam sekitar di kawasan bercerun dan berlandskapkan tanah tinggi boleh mengundang risiko terutama sewaktu hujan lebat.

“Justeru, pemantauan lokasi seperti ini terus dilaksanakan secara berkala bagi mencari penyelesaian terbaik dalam memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat yang menggunakan jalan raya persekutuan terjamin,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands

Sekianlah artikel KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/kkr-sudah-memasang-sistem-eer-amaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KKR Sudah "Memasang" Sistem EER, Amaran Awal Tanah, Cerun Runtuh Cameron Highlands"

Catat Ulasan

Loading...