Loading...

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh

Loading...
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh
link : Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh

Baca juga


Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh

KUANTAN - Sambutan jubli perak penubuhan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) tahun ini lebih bermakna apabila institusi pengajian tinggi (IPT) itu dijangka menerima status universiti penuh.

Sudah pasti pengiktirafan ini meningkatkan lagi prestij KUIPSAS yang kini mempunyai kira-kira 5,000 alumni sedang menjawat pelbagai jawatan penting di pelbagai bidang.

Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr. Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, pencapaian itu juga dilihat sejajar dengan perancangan ahli lembaga pengarah kolej universiti itu dan sokongan berterusan daripada kerajaan Pahang.

“Kita punya perancangan besar yang sudah siap diatur apabila menjadi universiti penuh nanti. Antaranya kita sasarkan untuk menjadi universiti wakaf seperti Al-Azhar (Universiti Al-Azhar, Mesir) dalam masa beberapa tahun selepas dinaik taraf.

“Untuk itu KUIPSAS berhasrat mewujudkan sebuah yayasan yang bakal menjadi pemudah cara dalam misi ini malah, sekarang ini pun ramai dalam kalangan penuntut KUIPSAS terdiri daripada golongan B40,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ditubuhkan 27 Ogos 1996 dengan nama asalnya Kolej Islam Pahang (KIP) sebelum ditukar kepada Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) dan kini dikenali sebagai KUIPSAS, kolej universiti ini juga dilantik sebagai pusat rujukan tulisan jawi selepas diperkenankan oleh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah pada tahun 2016.

Mohd Zawavi yang menyertai KUIPSAS tidak lama selepas institusi pengajian tinggi (IPT) itu dibuka pada 1996 berkata, pihaknya juga bercadang memperbanyakkan lagi kurusus pengajian sebaik sahaja menerima status universiti penuh.

Beliau memberitahu, pada masa ini KUIPSAS menawarkan 17 program pengajian diploma, ijazah sarjana muda (lapan) dan masing-masing satu ‘master’ (ijazah sarjana) serta program asasi merangkumi bidang pengajian pengurusan perniagaan, sistem kewangan Islam dan undang-undang syariah.

“Kita hendak tambah lebih banyak kursus peringkat ijazah, master dan doktor falsafah (PhD), terutamanya dalam bidang tahfiz dan juga multimedia.

“Ketika ini terdapat 1,640 pelajar dan 220 kakitangan yang mana 140 daripadanya adalah kakitangan akademik, termasuk lima pensyarah dari Timur Tengah,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai antara pencapaian alumni KUIPSAS, Mohamad Zawavi berkata, ada antara bekas graduan kolej universiti itu memegang jawatan sebagai hakim syarie, kadi, pensyarah dan pengarah pelbagai agensi kerajaan.

“Kebolehpasaran graduan kita juga sangat bagus dengan lebih 80 peratus memperoleh tawaran kerja sebaik menamatkan pengajian.

“Bagi memudahkan lagi peluang pekerjaan kepada pelajar kita, KUIPSAS menandatangani memorandum persefahaman dengan lebih 20 pemain industri yang memberi fokus kepada bidang kewangan Islam,”ujarnya. #sumber 



Demikianlah Artikel Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh

Sekianlah artikel Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/kolej-universiti-islam-pahang-sultan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Bakal Peroleh Status Universiti Penuh"

Catat Ulasan

Loading...