Loading...

Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi !

Loading...
Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi !
link : Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi !

Baca juga


Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi !

 


PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjuarai kejohanan badminton Seluruh England (All England) buat pertama kali selepas menewaskan Victor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Birmingham, England itu, Zii Jia yang diletakkan selaku pemain pilihan ke-6 kejohanan dilihat berjaya mengimbangi cabaran yang dilakukan oleh Axelsen untuk menang set pertama dengan keputusan 30-29.

Pada set kedua, Axelsen yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-2 kejohanan berjaya mempamerkan kebangkitan untuk mengheret saingan ke set penentuan dengan keputusan 22-20.

Bersambung pada set penentuan, Zii Jia yang juga pemain ranking ke-10 dunia tampil lebih cemerlang dan tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 21-9 yang memakan masa keseluruhan selama satu jam 15 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas Axelsen yang berjaya menewaskannya di peringkat separuh akhir pada saingan All England edisi tahun lalu.

Kemenangan Zii Jia juga sekali gus menamatkan kemarau negara yang kali terakhir menjuarai kejohanan All England menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017. #sumber



Demikianlah Artikel Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi !

Sekianlah artikel Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/lee-zii-jia-juara-all-england-tewaskan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lee Zii Jia Juara All England, Tewaskan Victor Axelsen Pada Perlawanan Akhir Malam Tadi !"

Catat Ulasan

Loading...