Loading...

Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan !

Loading...
Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan !
link : Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan !

Baca juga


Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan !

 

KUANTAN - Beberapa buah persatuan gabungan pondok dan institusi tahfiz di Negeri Pahang membuat bantahan terhadap keputusan kerajaan hendak mengenakan survelan kepada pelajar-pelajar tahfiz, madrasah dan pondok.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi
Persatuan Institusi Tahfiz Pahang (PINTA),  Muhammad Abdul Salam Abd Ghani.

Menurutnya, beliau cuba menyelami denyut nadi warga tahfiz dan pondok khususnya di Pahang. Ada juga rasionalnya bantahan mereka.

"Selama ini warga tahfiz dan pondok di negeri ini (negeri lain saya tak tahu) sangat taat, akur dan patuh kepada apa sahaja arahan dan SOP yang diarahkan kepada mereka. Sama ada arahan yang  dikeluarkan oleh majlis ugama, polis, bomba, kesihatan dan sebagainya.

"Suruh tutup, mereka tutup. Suruh berjarak, mereka jarak. Suruh sediakan alat pemadam api, mereka beli. Suruh buat tangga kedua, mereka pecah dan tebuk dinding untuk patuh kepada arahan.

"Ada maahad tahfiz yang terpaksa menadah derma orang ramai untuk cukupkan belanja  RM30,00 hingga RM40,000 kos memenuhi arahan-arahan berkenaan'," katanya yang juga merupakan Pengasas Pusat Tahfiz Miftahul Qura, Bukit Bayroute dekat sini.

Tambah beliau lagi, hinggalah penghujung tahun lalu, apabila kerajaan Negeri menerusi menteri besar sendiri mengumumkan tahfiz boleh mula beroperasi awal Januari 2021.

"Pengumuman yang menggembirakan warga tahfiz dan pondok. mereka dah mula boleh sambung pengajian dalam keadaan sekolah-sekolah lain masih tidak dibenarkan.

"Sebagai tanda terima kasih mereka kepada kerajaan negeri, mereka bersedia mematuhi syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka. Antaranya, penjarakan, sanitasi, penutup hidung dan mulut," tambah beliau lagi.

Beliau turut mendakwa warga tahfiz juga tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga dibenarkan oleh kerajaan. Ibu bapa juga tidak dibenarkan datang melawat. Bahkan sebarang aktiviti di luar kompleks tahfiz tidak dibenarkan.

"Mereka akur. Pentadbir tidak benarkan pelajar pulang, ibu bapa tidak dibenarkan datang. pelawat luar juga tidak dibenarkan masuk. Hingga ada sedikit ketegangan antara pentadbir dengan ibu bapa, antara pentadbir dan pendermah yang mahu datang. semuanya kerana akurnya pihak pengurusan tahfiz kepada arahan kerajaan.

"Setelah masuk bulan ketiga pelajar tidak bertemu dengan ibu bapa dan orang luar, mereka bagaikan dikuarantin dalam tempuh yang sangat lama. Orang lain 14 hari, 10 hari. Mereka sudah masuk bulan ketiga," katanya lagi.

Sementara itu beliau turut mendakwa Ibu bapa sudah mula berbunyi. Pengurusan tahfiz juga mengharapkan kerajaan negeri membuat suatu pengumuman membenarkan mereka pulang.  Mungkin cuti seminggu atau dua minggu boleh diberikan kepada mereka yang sudah begitu lama tidak bertemu keluarga.

Dalam tempuh 'kuarantin' yang lama ini katanya, mereka bagaikan sudah bersih dan suci. Mereka telah lama tidak berhubungan dengan mana-mana rantaian yang memungkinkan penularan virus Covid-19.

"Sekolah-sekolah lain juga sudah memulakan pengajiannya. Boleh pergi dan pulang setiap hari. Sedangkan mereka itu tidakpun menjalani 'kuarantin' seperti yang dialami oleh pelajar tahfiz.

"Justeru sudah sewajarnya pelajar-pelajar tahfiz dibebaskan dari sekatan-sekatan sebelum ini. Bahkan sepatutnya mereka sudah dibenarkan solat berjamaah secara rapat. Kerana tidak ada sebarang kemungkinan mereka berhubung dengan pembawa virus berkenaan.

" Malang sekali, pada 16 Mac, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengumumkan bahawa kerajaan negari tiada membuat sebarang keputusan baru. Pelajar masih perlu kekal di maahad dan sekolah masing-masing, tidak dibenarkan pulang, SOP masih sama.

Tak mengapalah kalau dah begitu keputusan kerajaan. Tahfiz terus akur. Patuh dan taat. Sesetengah pentadbir menempah baner untuk digantung di pintu pagar, untuk mengingatkan kepada penjaga agar tidak datang menziarahi anak masing-masing," tambahnya.

Namun dakwa beliau isu ini semakin panas apabila tiba-tiba datang pula satu pengumuman dari Jabatan Kesihatan (sebenarnya surat jabatan terbabit lebih awal dari pengumuman MUIP) bertarikh 11 Mac memaklumkan pelaksanaan survelan covid-19  untuk penghuni maahad tahfiz, madrasah dan pondok.

Bila sampai ke tahap ini, tahfiz merasakan mereka seolah-olah dipermainkan dan ditekan, katanya lagi.

Pengerusi Majlis Taawun Pusat Pendidikan Islam Pahang (MANTAP), Ustaz Khairul Azmi Ismail Al Hafiz dalam kenyataan rasminya berkata, "Di saat semua sektor sudah mula dilonggarkan "SOP", malah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran 8000 orang penonton bola sepak masuk ke stadium, tiba-tiba seluruh warga maahad tahfiz, pondok dan madrasah di seluruh negeri Pahang pula diwajibkan untuk survelan covid19, swab test dan diambil sampel RT-PCR sekalipun tiada kontak rapat ataupun sebarang simptom."

Beliau turut mempersoalkan , apakah tindakan "double standard" kepada institusi agama ini ingin di pandang serong dan sengaja menjebakkan institusi agama ini ke lembah pandangan negatif masyarakat?

"Kenapa apabila ada kes di pejabat kerajaan hanya staf atau kakitangan pejabat itu sahaja yg dikenakan swab test dan diambil sampel RT-PCR bukannya  kepada seluruh pejabat kerajaan di seluruh negeri?

"Jika ada kes di satu kilang, hanya pekerja kilang tersebut sahaja yang dikenakan swab test dan diambil sampel RT-PCR bukannya semua pekerja kilang di seluruh negeri?

"Tiada pula "survelan kepada semua kakitangan kerajaan" seluruh negeri Pahang? Tiada pula survelan kepada semua kilang-kilang" di seluruh negeri Pahang?"

Sementara itu kaanya Persatuan Institusi Tahfiz Pahang (PINTA) juga turut mengeluarkan nota bantahan serta memohon ditangguh program servelan itu.

PINTA katanya telah mengadakan pertemuan khas l dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Kerdau, Temerloh pagi tadi. 

Pada pertemuan itu, eco tetbabit  telah meminta pihak Pinta Pahang mengemukakan surat rasmi kepada Exco Kesihatan Negeri Pahang,  Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk memohon penjelasan dan penerangan terperinci berkenaan dengan Survelan Covid 19 yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan ke Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok di seluruh Negeri Pahang.

Sehubungan itu, Semua Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok yang telah menerima panggilan untuk menghantar kakitangan dan pelajar untuk ujian Swab Test Covid 19 boleh menangguhkan dahulu kehadiran mereka ke Jabatan Kesihatan sehingga mendapat kenyataan rasmi daripada pihak terbabit.

Menurut Mohd Abdul Salam lagi, susulan pertemuan itu satu lagi pertemuan khas akan diadakan di Bilik Perbincangan MMK, Wisma Sri Pahang dengan Exco Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Sri Norolazali Sulaiman pada Selasa, 23 Mac ini.

Semoga segalanya dipermudahkan demi masa depan pendidikan agama Islam di negeri Pahang hendaknyam #PahangDaily



Demikianlah Artikel Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan !

Sekianlah artikel Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/masa-depan-pondok-institusi-tahfiz-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Masa Depan Pondok, Institusi Tahfiz Di Pahang Kian "Suram" Gara-Gara Arahan Mengelirukan !"

Catat Ulasan

Loading...