Loading...

MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti !

Loading...
MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti !
link : MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti !

Baca juga


MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti !

 

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan tentang cubaan parti Bersatu memujuk Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor supaya lompat parti.

Berucap ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Wan Rosdy berkata dia mempunyai bukti kukuh berhubung tindakan Bersatu cuba "memikat" ahli Parlimen itu.

"Sudahlah tidak ikhlas, main kotor pula. Saya ada bukti kukuh, mereka berusaha memujuk dan memikat Ahli Parlimen Cameron Highlands.

"Kita bertungkus-lumus di pilihan raya kecil (PRK) menangkan beliau (Ramli). Tetapi mereka pula nak pikat, hantar khidmat pesanan ringkas hendak berjumpa dan mencadangkan sesuatu ajak berunding.

"Ahli Parlimen Cameron Highlands, ada di sini, tanyalah YB Cameron Highlands. Sampai mereka datang ke rumah, tapi usaha mereka gagal," katanya ketika berucap.

Ketika dihubungi, Ramli bagaimanapun enggan memberi ulasan dan sekadar berkata: "Tiada komen".

Ramli yang juga bekas pegawai kanan polis mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands untuk BN dengan majoriti lebih besar menerusi kemenangan pertama dalam pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan pada 26 Jan 2019.

Calon BN itu juga mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.

Ramli mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.

Dia menjadi calon BN pertama yang menang melalui kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, daripada sibuk untuk menjual beli ahli Parlimen adalah lebih baik kerajaan membubarkan Parlimen.

"Timbul isu Bersatu hendak letak Iima calon ahli Parlimen di Pahang, siapakah mereka untuk tentukan kerusi di Pahang?

"Sedangkan satu kerusi pun tak ada. Tidak berunding pula dengan UMNO. Mereka ini tiada keikhlasan dengan kita," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti !

Sekianlah artikel MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/mb-pahang-dedahkan-cubaan-bersatu-pujuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MB Pahang Dedahkan Cubaan BERSATU Pujuk MP Cameron Highlands Supaya Lompat Parti !"

Catat Ulasan

Loading...