Loading...

Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya !

Loading...
Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya !
link : Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya !

Baca juga


Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya !

 


MARAN - Ahli Parlimen Maran, Dato' Sri  Hj Ismail Muttalib hari ini menyatakan perasaan kecewa dan terkilan atas fitnah serta serangan yang dibuat terhadapnya, susulan beliau hadir program kerajaan yang turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah kelmarin.

'Program Malaysia Prihatin' anjuran kerajaan itu telah diadakan di Auditorium Al-Ghazali, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran dekat sini. 

Tuduhan itu telah dibuat oleh Pegawai Khas Media kepada ADUN Kuala Sentul dan seoran AJK UMNO Bahagian.

"Apa motif dan niat mereka?.  Ingin saya jelaskan, saya kekal setia bersama UMNO dan menolak sebarang kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga DAP.

"Program berkenaan adalah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia sekali gus merupakan program anjuran Kerajaan Pusat," kata kenyataannya.

"Sebagai wakil rakyat di Maran dan merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, adakah salah saya hadir ke program berkenaan? Tambahan lagi ia diadakan di Maran.

"Ia bukannya program politik yang dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tetapi ia program kerajaan yang bukan sahaja dihadiri oleh saya malah Pegawai Daerah Maran dan Ketua Polis Daerah Maran juga hadir program berkenaan," tambah Ismail.

Beliau turut mengaskan selain itu, program berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Maran.

"Adakah beliau hadir mewakili Ketua UMNO Bahagian Maran? Adakah penulis yang melemparkan tohmahan itu tidak tahu membezakan program kerajaan dan politik? Sebagai Ahli UMNO tentunya saya tahu membezakan antara program parti dan kerajaan Pusat," tambahnya.

Katanya lagi, wujud dakwaan dia dan juga kepimpinan PAS di Maran akan menjalinkan kerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU-15 akan datang.

" Ianya dakwaan yang salah dan merupakan satu fitnah. Ia juga satu cubaan mencetuskan persepsi jahat kepada pucuk pimpinan UMNO Pahang dan PAS. Ia nyata tidak berasas dan tidak seharusnya dibuat terutama menfitnah ahli UMNO dan PAS.

" Ia juga sekali gus tindakan yang memalukan UMNO Pahang PAS di negeri ini yang komited untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) di Pahang. Saya berpandangan penulis berkenaan yang juga Pegawai Khas Media kepada ADUN Kuala Sentul supaya membuat ulang kaji yang lengkap sebelum membuat dakwaan sedemikian. Tindakan sedemikian saya ulang sekali lagi jelas memalukan UMNO Pahang keseluruhannya dan PAS," dakwa Ismail lagi.

Difahamkan satu laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran kerana kenyataan yang dibuat oleh dua individu berkenaan tidak tepat dan memfitnah dirinya.

"Jika enggan memohon maaf, tunggulah tindakan selanjutnya terhadap mereka. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," dakwa kenyataannya lagi. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya !

Sekianlah artikel Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/memalukan-ahli-parlimen-maran-akan-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Memalukan: Ahli Parlimen Maran Akan Buat Laporan Polis Dakwaan Fitnah Terhadapnya !"

Catat Ulasan

Loading...