Loading...

PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Loading...
PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia
link : PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Baca juga


PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia

 

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) adalah suatu tawaran baharu (new deal) kepada rakyat Malaysia, demi memastikan kebajikan rakyat terjamin, mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan mengekalkan keharmonian antara kaum.

“PAS berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang, konsep adil untuk semua, kepimpinan berintegriti dan berakhlak budiman serta mengambil pendekatan politik yang menyatukan ummah,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media, hari ini.

Justeru, kata beliau PAS menyeru semua pihak supaya mendukung pendekatan sederhana, prihatin rakyat dan berkebajikan yang dibawa oleh PN, dan menolak pendekatan ekstrem, oportunis dan melampau yang tidak sesuai dengan negara Malaysia bermasyarakat majmuk.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, PN mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan politik, mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum yang bersatu padu dalam sebuah negara majmuk, menjunjung prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbiran kerajaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang ke-49 secara hibrid di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM, Sabtu lalu.

Muhyiddin turut mengulangi komitmen kerajaan PN dalam membela nasib rakyat yang terkesan susulan Covid-19 dan menegaskan ia bukanlah tentang soal politik sebaliknya membabitkan soal melindungi rakyat daripada suatu musibah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Kami telah menunaikan janji kami kepada rakyat. Kerajaan ini berfungsi untuk mengurus pentadbiran negara dengan penuh amanah dan berintegriti, menterjemahkan prinsip kerajaan Prihatin Rakyat dengan melaksanakan pakej-pakej rangsangan ekonomi bernilai RM320 bilion dalam tempoh setahun yang lalu, demi memelihara kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan perniagaan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Sekianlah artikel PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pas-sambut-baik-saranan-muhyiddin-pn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Sambut Baik Saranan Muhyiddin PN Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...