Loading...

Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing

Loading...
Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing
link : Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing

Baca juga


Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing

 

SEREMBAN - Seorang pegawai imigresen dipenjara 10 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menerima rasuah bagi melepaskan warga asing dua tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah memerintahkan Mohamad Jeffry Mohd Zain, 31, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan tambahan penjara 12 bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Jeffry yang ketika itu bertugas di Bahagian Kawalan Imigresen, Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, didakwa diberikan wang berjumlah RM3,950 daripada orang tengah yang menguruskan warga asing dari China ke akaun pihak ketiga melalui mesin deposit tunai.

Wang itu bertujuan melepaskan warga asing berkenaan daripada dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Islamic Bank Berhad Cawangan Nilai pada 3 Jan 2019.

Pendakwaan mengikut Seksyen 25 (1) dan 25 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga membenarkan permohonan SPRM untuk melucut hak dua kereta dan dua motosikal, selain wang tunai berjumlah RM449,658.41 milik Jeffry.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Jeffry yang ditugaskan memeriksa penumpang melalui kaunter Imigresen klia2, dikatakan menerima RM250 hingga RM600 bagi setiap warga asing bermasalah yang dilepaskan dan seramai 500 warga China dilepaskan tertuduh sejak 2016 hingga November 2019. #sumber



Demikianlah Artikel Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing

Sekianlah artikel Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pegawai-imigresen-di-penjara-10-hari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pegawai Imigresen Di Penjara 10 Hari, Denda RM10,000 Terima Rasuah Lepas Warga Asing"

Catat Ulasan

Loading...