Loading...

Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini !

Loading...
Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini !
link : Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini !

Baca juga


Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini !

 

KUANTAN - Pelancaran tema baharu pelancongan Pahang, 'This Is Pahang' diyakini berupaya merancakkan kembali sektor pelancongan di negeri itu yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata tema baharu itu juga akan membantu mempromosikan produk pelancongan baharu dan sedia ada yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, `This Is Pahang' adalah satu permulaan dan seterusnya banyak lagi promosi produk pelancongan akan dilakukan selepas penularan COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya.

"Kejatuhan drastik sektor pelancongan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah kepada industri pelancongan di seluruh dunia.

"Oleh itu, pemilihan tema baharu `This Is Pahang' bagi menggantikan 'Pahang Simply Awesome' yang digunakan sejak 2019 sebagai suntikan semangat kepada pengusaha pelancongan untuk bangkit kembali," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan tema baharu pelancongan Pahang, 'This Is Pahang' di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Naib Canselor UCYP, Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar.

Berdasarkan statistik seramai 7.43 juta pelancong berkunjung ke Pahang tahun lalu berbanding 13.99 juta pelancong pada 2019.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penurunan 46.87 peratus dan tema baharu itu diharap membantu meningkatkan kembali kedatangan pelancong.

"Sebagai contoh, antara produk pelancongan baharu di Kuantan ialah Menara Kuantan 188 dan Kuantan Art Street," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini !

Sekianlah artikel Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pelancaran-tema-baru-this-is-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelancaran Tema Baru `This Is Pahang' Bakal Rancakkan Sektor Pelancongan Di Negeri Ini !"

Catat Ulasan

Loading...