Judul : Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Dilaksana Di Pulau Tioman Mulai Esok
link : Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Dilaksana Di Pulau Tioman Mulai Esok
Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Dilaksana Di Pulau Tioman Mulai Esok
PUTRAJAYA - Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pulau Tioman, Pahang mulai esok hingga 29 Mac ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 16 kes positif dikesan selepas 48 orang disaring setakat semalam.
“Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pelaksanaan PKPD itu bertujuan memudahkan saringan bersasar ke atas semua penduduk dan mengawal
penularan jangkitan dalam komuniti.
Sementara itu, Ismail mengumumkan PKPD di daerah Nabawan, Sabah yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 30 Mac ini.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 3,079 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif 279 kes telah direkodkan.
“KKM mengesahkan masih terdapat baki 872 sampel saringan yang belum mendapat keputusan.”
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, 458 individu ditahan atas kesalahan melanggar SOP semalam, dengan 438 daripadanya dikompaun, tujuh direman dan 13 lagi dijamin.
Sebanyak 260 kes membabitkan aktiviti pusat hiburan mendahului kesalahan lain, diikuti rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (90), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (40), tiada penjarakan fizikal (39), tidak memakai pelitup muka (26) dan premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (3).
Katanya, lapan pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan empat kenderaan dirampas dalam Operasi Benteng semalam.
Beliau berkata, seramai 2,506 pekerja asing disaring dan dua didapati positif Covid-19.
Ismail berkata, seramai 618,486 pekerja asing disaring setakat ini, dengan 9,701 daripadanya didapati positif Covid-19 dan 608,785 lagi negatif.
Beliau berkata, 808 orang pulang ke tanah air semalam dan menjalani kuarantin wajib di 77 hotel, 12 institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.
Sejak 24 Julai 2020, katanya, seramai 144,881 individu pulang ke tanah air, dengan 6,992 orang dikuarantin, 136,866 orang dibenarkan pulang dan 1,023 lagi dibawa ke hospital. #sumber
Demikianlah Artikel Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Dilaksana Di Pulau Tioman Mulai Esok
Anda sekarang membaca artikel Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Dilaksana Di Pulau Tioman Mulai Esok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/perintah-kawalan-pergerakan-di.html
0 Response to "Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan (PKPD) Dilaksana Di Pulau Tioman Mulai Esok"
Catat Ulasan