Judul : PKPD Taman Perumahan Sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh Akan Di Tamatkan Mulai Esok !
link : PKPD Taman Perumahan Sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh Akan Di Tamatkan Mulai Esok !
PKPD Taman Perumahan Sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh Akan Di Tamatkan Mulai Esok !
KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang ditamatkan esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penamatan PKPD itu seperti yang dijadualkan hasil penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
"Sehingga kini, KKM melaksanakan 1,573 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif, sebanyak 94 kes positif COVID-19 direkodkan.
"KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), hari ini.
Sebanyak 10 taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira dikenakan PKPD selama 14 hari, bermula 21 Februari lalu.
Kawasan terbabit ialah Taman Desa Bangau, Taman Seberang Damai, Taman Kenari, Taman Seberang Temerloh, Taman Jaya 7, Taman Jaya 2, Taman Jaya 3, Taman Jaya 4, Taman Kelisa dan Desa Bangau.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD akan dikuatkuasakan di Kuarters Sri Jelutung, Chini, Mukim Bebar, Pekan, bermula esok hingga 19 Mac ini.
Katanya, keputusan itu dibuat hasil penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat, berikutan penularan kes COVID-19 di kawasan itu.
"Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 30 kes positif direkodkan dan seramai 150 kontak rapat dikenal pasti membabitkan penghuni kuarters ini.
"Pelaksanaan PKPD ini bertujuan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penghuni kuarters terbabit dan mengesan beberapa lagi kontak rapat," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel PKPD Taman Perumahan Sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh Akan Di Tamatkan Mulai Esok !
Anda sekarang membaca artikel PKPD Taman Perumahan Sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh Akan Di Tamatkan Mulai Esok ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/pkpd-taman-perumahan-sekitar-jalan.html
0 Response to "PKPD Taman Perumahan Sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh Akan Di Tamatkan Mulai Esok !"
Catat Ulasan