Judul : Progres Pembinaan Projek Lebuhraya Central Spine Road Bentong Ke Kuala Krai Ikut Jadual
link : Progres Pembinaan Projek Lebuhraya Central Spine Road Bentong Ke Kuala Krai Ikut Jadual
Progres Pembinaan Projek Lebuhraya Central Spine Road Bentong Ke Kuala Krai Ikut Jadual
KUANTAN - Projek Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2023.
Pada masa ini kontraktor sedang melaksanakan pakej Highway CSR iaitu Pertama Makmur Sdn. Bhd.
Bagi projek Seksyen 4C: Sega Lama Ke Kuala Dong dan D’ntan Trade Sdn. Bhd. bagi projek Seksyen 4D: Kuala Dong Ke Kampung Tanah Bercangkul.
Projek dengan panjang jajaran sepanjang 5.8 kilometer bagi Seksyen 4C dan 13.6 kilometer bagi Seksyen 4D ini merupakan sebahagian fasa pembinaan Pakej 4 yang menghubungkan fasa pembinaan Pakej 3: Gua Musang Ke Kg. Relong dan Pakej 5 dari Raub ke Bentong.
HOPT bagi projek ini adalah Bahagian Pengurusan Projek ECER, Cawangan Jalan manakala Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Enci Ab Rahim Bin Mohd@Mokhtar, Jurutera Awam Penguasa Kanan dari Unit Projek Khas ECER 2, Cawangan Jalan dilantik sebagai Pegawai Penguasa bagi kedua-dua projek ini. Tempoh siap bagi kedua-dua projek ini adalah selama 156 minggu dengan tarikh milik tapak pada 29 Jun 2020 dan tarikh siap pada 26 Jun 2023.
Jabata Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan. #sumber
Demikianlah Artikel Progres Pembinaan Projek Lebuhraya Central Spine Road Bentong Ke Kuala Krai Ikut Jadual
Anda sekarang membaca artikel Progres Pembinaan Projek Lebuhraya Central Spine Road Bentong Ke Kuala Krai Ikut Jadual dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/progres-pembinaan-projek-lebuhraya.html

0 Response to "Progres Pembinaan Projek Lebuhraya Central Spine Road Bentong Ke Kuala Krai Ikut Jadual"
Catat Ulasan