Judul : RTM Siar Dokumentari Istiadat Perkahwinan Diraja Agong Dan Permaisuri Pada Sabtu Ini
link : RTM Siar Dokumentari Istiadat Perkahwinan Diraja Agong Dan Permaisuri Pada Sabtu Ini
RTM Siar Dokumentari Istiadat Perkahwinan Diraja Agong Dan Permaisuri Pada Sabtu Ini
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan satu dokumentari mengenai istiadat Majlis Perkahwinan Diraja antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Sabtu ini.
RTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dokumentari bertajuk '35 Tahun Menyulam Kasih-Dari Polo Ke Peterana' itu berkongsi paparan 35 tahun yang lepas mengenai istiadat majlis perkahwinan diraja Seri Paduka berdua yang berlangsung pada Mac 1986.
Siaran itu menerusi tiga saluran TV RTM di TV1 dan Berita Ehwal Semasa (BES) masing-masing pada 9 malam serta TV Okey pada 8 malam.
"Bagi mereka yang tidak sempat menonton di televisyen, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan RTM Mobile," menurut kenyataan itu. #sumber
Demikianlah Artikel RTM Siar Dokumentari Istiadat Perkahwinan Diraja Agong Dan Permaisuri Pada Sabtu Ini
Anda sekarang membaca artikel RTM Siar Dokumentari Istiadat Perkahwinan Diraja Agong Dan Permaisuri Pada Sabtu Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/rtm-siar-dokumentari-istiadat.html

0 Response to "RTM Siar Dokumentari Istiadat Perkahwinan Diraja Agong Dan Permaisuri Pada Sabtu Ini"
Catat Ulasan