Loading...

UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara !

Loading...
UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara !
link : UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara !

Baca juga


UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara !

 

KUALA LUMPUR - Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya “milik” parti berkenaan di seluruh negara.

Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nasional (PN) mengajak UMNO kembali ke meja rundingan,  berkaitan 13 kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu sebelum ini.

“Pendirian UMNO ialah mengambil semula semua ‘kawasan lompat’ itu. Jadi bila nak ambil balik, tiada perundingan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Tajuddin berkata, keputusan UMNO itu tidak bermakna parti itu berhasrat untuk memusnahkan kerajaan PN, seperti dakwaan Ketua Penerangan gabungan itu  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meminta UMNO tidak memusnahkan kerjasama yang dibina sejak setahun lalu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya Umno mahu memusnahkan kerajaan PN. Tidak ada tujuan kita untuk memusnahkan. Itu sebab kita kata Umno akan sokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya.

Terdahulu PN mengajak UMNO supaya kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi antara punca keretakan kerjasama tersebut.

“Kalau itulah yang menjadi tuntutan mereka, ayuh kita bincang. Jangan kerana 13 kerusi Parlimen ini seluruh kerajaan mahu diruntuhkan,” kata Azmin.

Tajuddin berkata, keputusan untuk mengambil semula semua kawasan milik parti berkenaan bukanlah dibuat secara suka-suka, sebaliknya bertujuan untuk menjaga UMNO.

Menurutnya, ini memandangkan terdapat pihak yang mahu menghancurkan UMNO di peringkat akar umbi dan atasan dengan menarik ahlinya.

“Kita buat keputusan hendak jaga parti kita. Apabila parti kita terjaga, baru kita boleh berkhidmat kepada rakyat.

“Kalau parti kita hancur, kita hendak berkhidmat bagaimana? Sekarang ini, apa yang berlaku silap hari bulan, UMNO yang akan hancur,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara !

Sekianlah artikel UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/umno-putuskan-untuk-ambil-semula-semua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UMNO Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan ‘Milik’ Parti Itu Di Seluruh Negara !"

Catat Ulasan

Loading...