Loading...

Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK !

Loading...
Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK !
link : Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK !

Baca juga


Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK !

KUANTAN - Susulan 'berbangga' membuat hantara difacebook kononnya beliau terjatuh gara-gara naik replika perahu 3D yang terdapat di Kuantan Art Street dekat sini, pemilik akaun Nan Adnan diminta tampil ke Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dekat sini dengan segera.

Difahamkan replika yang bersambung dengan ganbar 3D yang dipamerkan itu patah dan rosak akibat kejadian itu.

Terdahulu Nan Adnan membuat hantaran "Semalam punye cerita berlipat aku jatuh naek bnde ni sampai bengkak peha🤭 ,dah lah org ramai hadowww die punye merah muke x tahu laa nak cakap mmg jibake btl,nasib baek aku pandai cover line  😆😆" di facebooknya. 

Beliau turut memaparkan gambar berkaitan.  Tindakan tersebut mendapat kecaman daripada netizen. 

"Jahanam hrte bnde kt situ main ngn org ulu cam mu ni.. 😪 tua² pon tk cerdik lg," kata Nor Halimahton

"Habis lah demo...majlis pembandaran cari demo tu🤣🤣🤣 keno dh tu...polis mari rumah dh tu😁," kata Basikal Lapuk

"Kenapa masih ada berperangai macam ni? X boleh nak benda itu cantik dan kekal.. Metaliti masyarakat masih Di takuk lama..," kata Sa'ari Zulkifli

"Beruk monyet TC buang sampah merata je.. tapi tak tahu la kalau ada perangai lain bila jadi bandaraya ni 😅😅😅," komen daripada  Abdul Hakem Abdul Hamed

Malah, banyak lagi komen netizen yang kecewa dengan tindakan beliau merosakkan harta awam, malahan yang menjadi lokasi dan produk pelancongan terbaharu di bandaraya Kuantan itu. 

Sementara itu pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengeluarkan kenyataan supaya Nan Adnan diminta hadir ke ibu pejabatnya untuk urusan berkaitan. 

"Pemilik akaun Facebook Nan Adnan melalui postingnya telah mengakui dengan sengaja menyebabkan kerosakkan dengan menaiki replika di Kuantan Art Street di minta tampil segera ke Kompleks Bandaraya  MBK bagi menyelesaikan isu berkaitan," kata kenyataan di facebook MBK. 

Terdahulu Sinar Harian pada 9 Mac lalu melaporkan kumpulan pelukis mural di lorong belakang barisan kedai lama di Jalan Besar, di sini kecewa dan sedih dengan sikap segelintir pengunjung kerana melakukan vandalisme di kawasan Kuantan Art Street.

Ketua kumpulan pelukis, Mohammad Amir Farouk berkata, beberapa aksesori tambahan pada lukisan mural tersebut telah dirosakkan oleh pengunjung termasuk sampah-sarap dibuang merata-rata di kawasan tersebut.

Kerja-kerja melukis sedang berjalan namun kerosakan terhadap aksesori tambahan dilaporkan berlaku. Siapa tak kecewa kalau benda cantik yang masih dalam proses telah dirosakkan pengunjung. Kalau dah siap sepenuhnya, saya tidak tahu macam mana jadinya pula.

"Kalau boleh benda yang cantik biarlah ia kekal cantik. Jangan cuba rosakkan kawasan ini kerana orang luar datang untuk melihat mural mengenai kisah dan identiti rakyat Pahang," katanya ketika ditemui. 

Tular di laman sosial Facebook rasmi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengenai perbuatan vandalisme dilakukan segelintir pengunjung sehingga menyebabkan kerosakan kepada beberapa aksesori tambahan mural di Kuantan Art Street.

Mohammad Amir berkata, kerosakan itu kemungkinan berpunca daripada sikap segelintir pengunjung yang terlampau teruja ketika merakamkan gambar kenangan.

Bagaimanapun, beliau berharap orang ramai yang berkunjung ke kawasan itu dapat menjaga kecantikan dan keindahan mural berasaskan 3D itu pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, pihaknya telah melakukan tinjauan dan mendapati beberapa aksesori tambahan memang telah rosak.

Menurutnya, terdapat sampah seperti bekas makanan dan minuman juga ditinggalkan oleh pengunjung walaupun terdapat tong sampah disediakan di kawasan tersebut dipetik dari Sinar Harian.  #PahangDaily



Demikianlah Artikel Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK !

Sekianlah artikel Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/vendalisme-di-kuantan-art-street-nan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Vendalisme Di Kuantan Art Street, Nan Adnan Di Minta "Tampil Segera" Ke Kompleks MBK !"

Catat Ulasan

Loading...