Loading...

Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka !

Loading...
Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka !
link : Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka !

Baca juga


Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka !


BERA -  Orang Asal Semelai Lubuk Perah dekat sini menggesa Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail campur tangan mengarahkan sebuah syarikat pemaju  menghentikan tindakan tiada kemanusiaan mereka menceroboh dan memusnahkan tanaman penduduk di kampung terbabit. 

Perkara itu diluahkan oleh wakil mereka Nia Dollah yang membuat hantaran berkaitan isu tersebut di laman sosial Facebooknya hari ini. 

Terdahulu, sebuah syarikat iaitu Sri Jengka Sdn Bhd dilaporkan diberi kebenaran untuk memajukan sebuah ladang kelapa sawit di lokasi terbabit. 

Kerajaan Negeri Pahang didakwa mempunyai kepentingan pegangan saham di dalam syarikat terbabit. 

Nia Dollah berkata Kerjaan Negeri Pahang harus sedar bahawa orang asal Lubuk Perah bukanlah pendatang asing. Mereka adalah orang asal tanah air negara ini.

"Kerajaan dan orang di luar sana iaitu Melayu, cina, India dan lain-lain selalu tuduh orang asal malas dan  selalu meminta kerajaan bantu itu ini. Tetapi sekarang dan selama ini  seluruh orang asal berusaha membina ekonomi masing-masing termasuk penduduk kampung Lubuk Perah. Tetapi kenapa kerajaan memusnahkan usaha orang asal Lubuk Perah bercucuk tanam," katanya. 

Beliau turut mempersoalkan apa yang kerajaan dan pihak syarikat luar ini benci sangat dengan orang asal?

"Sepatut orang asal dihormati kerana kami orang asal dan sangat berdikari untuk kehidupan kami bukan kami menyusah kan sesiapa termasuk kerajaan.

"Kalau orang asal tanam dekat laman menteri atau mana-mana individu, patut lah dimusnahkan dan disaman. Ini orang asal  tanam atas tanah adat sendiri. Sampai bila nak memperlekehkan orang asal? Sampai bila nak menyusahkan hidup orang asal?," dakwa beliau lagi. 

Beliau turut berharap wakil rakyat dan pemimpin orang asli seperti YB Ramli Mohd Noor (Ahli Parlimen Cameron Highlands) , YB Senator Dato' Hj Isa Ab Hamid (Ahli Dewan Negara) dan YB Senatir Manolan Mohamad (Ahli Dewan Negara) untuk membela dan membawa isu ini kepada Menteri Besar Pahang#. PahangDaily



Demikianlah Artikel Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka !

Sekianlah artikel Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/03/wakil-orang-asal-semelai-lubuk-perah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa MB Campur Tangan Isu Tanah Mereka !"

Catat Ulasan

Loading...