Judul : Asap Tebal Cemar Alam Sekitar Dan Kesihatan, Penduduk Gesa Kerajaan "Bertindak" Terhadap Operasi Sebuah Kilang "Arang" Di Jalan Lepar !
link : Asap Tebal Cemar Alam Sekitar Dan Kesihatan, Penduduk Gesa Kerajaan "Bertindak" Terhadap Operasi Sebuah Kilang "Arang" Di Jalan Lepar !
Asap Tebal Cemar Alam Sekitar Dan Kesihatan, Penduduk Gesa Kerajaan "Bertindak" Terhadap Operasi Sebuah Kilang "Arang" Di Jalan Lepar !
KUANTAN - Penduduk Kampung Pulau Manis, Jalan Lepar - Muadzam Shah di Lebuhraya Tun Razak dekat sini menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap operasi sebuah kilang arang yang mengeluarkan asap tebal hingga menjejaskan kesihatan mereka.
Difahamkan, kilang yang pernah disita pada 2019 itu masih menjalankan aktiviti tanpa mematuhi peraturan dan akta alam sekitar yang telah ditetapkan.
Menurut seorang penduduk, kilang yang dipercayai tiada lesen itu masih beroperasi biar pun sudah diambil tindakan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
Katanya, asap tebal terutamanya disebelah malam jelas sekali mengganggu keselesaan dan kesihatan penduduk setempat.
"Ada diantara penduduk yang sudah membuat aduan ke jabatan berkaitan sebelum ini, namun operasi kilang terbabit terus berjalan seperti biasa hingga ke hari ini,
"Bayangkan keluarga yang ada anak kecil, bayi dan warga emas. Hari-hari terpaksa menghidu asap tebal dari kilang terbabit. Bukankah ia menjejaskan kesihatan dan membahayakan nyawa sebenarnya," katanya.
Sementara itu, tinjauan dilokasi mendapati asap agak kurang pada waktu siang hari tapi menjadi tebal pada waktu malam.
Difahamkan pada 2019 kilang terbabit pernah diserbu dan disita oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
Malah kilang yang menghasilkan arang jenis kiub itu sudah beroperasi tanpa lesen sejak beberapa tahun sebelum itu. Produk arang terbabit dikatakan untuk pasaran negara luar seperti Australia dan Timur Tengah.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dilaporkan telah menyita dapur arang kiub selepas menyita kilang pada Operasi Bersepadu ketika itu.
Malah, pemeriksaan di kilang berkenaan mendapati terdapat sebanyak 190 tanur atau dapur arang yang aktif secara berjadual menjalankan proses membakar arang jenis kiub berkualiti tinggi.
Semua alat itu juga didapati tidak memiliki lesen atau permit yang dikeluarkan Bahagian Kilang JPNP, lantaran itulah tindakan penyitaan kilang diambil.
Tindakan undang-undang mengikut Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 dikatakan telah dilakukan.
Namun, apa yang menghairankan penduduk kenapa kilang terbabit masih menjalankan operasi hingga ke hari ini?.
"Jika tindakan sudah diambil, sepatutnya kilang ini sudah ditutup. Malah tanah tapak kilang juga dipercayai adalah masih lagi berstatus pertanian. Bagaimana kilang boleh didirikan? Inilah yang memusykilkan sebenarnya.
"Rata-raya diantara kami sudah tidak tahan dengan situasi ini. Nyawa kami terancam, sedangkan pemilik kilang mendapat untung lumayan atas produk arang kiub yang dikeluarkan. Kenapa pihak kerajaan gagal menghidu operasi kilang ini? Walhal jaraknya tidak berapa jauh dengan Lebuhraya Tun Razak dan Kuantan itu sendiri," kata seorang warga emas yang ditemui.
Kerajaan Negeri Pahang diharap dapat mengambil tindakan tegas terhadap isu pencemaran alam sekitar oleh kilang arang ini jika benar terus beroperasi tanpa lesen selepas disita pada 2019.
Nampak benar, ada kelemahan pemantauan oleh pihak berkuasa hingga menyebankan 'kilang haram' terus beroperasi tanpa memperdulikan aduan penduduk setempat. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Asap Tebal Cemar Alam Sekitar Dan Kesihatan, Penduduk Gesa Kerajaan "Bertindak" Terhadap Operasi Sebuah Kilang "Arang" Di Jalan Lepar !
Anda sekarang membaca artikel Asap Tebal Cemar Alam Sekitar Dan Kesihatan, Penduduk Gesa Kerajaan "Bertindak" Terhadap Operasi Sebuah Kilang "Arang" Di Jalan Lepar ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/asap-tebal-cemar-alam-sekitar-dan.html



0 Response to "Asap Tebal Cemar Alam Sekitar Dan Kesihatan, Penduduk Gesa Kerajaan "Bertindak" Terhadap Operasi Sebuah Kilang "Arang" Di Jalan Lepar !"
Catat Ulasan