Loading...

Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 !

Loading...
Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 !
link : Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 !

Baca juga


Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 !

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia menyangkal dakwaan berhubung Perdana Menterinya, Scott Morrison meminta Putrajaya menggugurkan syarat lesen yang dikenakan kepada Lynas Corporation pada 2019.

Andrew Goledzinowski berkata, dakwaan itu tidak benar kerana Canberra tidak pernah meminta kerajaan Malaysia menggugurkan atau mengubah syarat dalam lesen enam bulan syarikat memproses nadir bumi itu yang diberikan pada 15 Ogos 2019.

“Malah, kerajaan Australia mengalu-alukan keputusan kerajaan Malaysia memberikan lesen enam bulan kepada Lynas pada Ogos 2019 dan lesen tiga tahun pada Februari 2020.

“Begitu juga Lynas mengumumkan ia menjangka akan memenuhi syarat baru ke atas lesennya,” katanya dalam kenyataan.

Goledzinowski mengulas dakwaan berulang kali disiarkan media baru-baru ini yang Morrison meminta rakan sejawatannya ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menggugurkan syarat lesen ke atas Lynas pada Ogos 2019.

Dakwaan itu, seperti dilaporkan media, dikaitkan dengan komen Liew Chin Tong daripada DAP dalam bukunya yang menyatakan Mahathir berhasrat memecat Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berhubung isu Lynas.

Ketika memegang jawatan itu, Yeo menetapkan syarat baru untuk Lynas memperbaharui lesen operasi kilang pemprosesan nadir buminya.

Goledzinowski berkata, akhbar Sin Chew Daily dan The Star pada 2019 menerbitkan satu artikel dihantarnya, memuji “keputusan pro-sains Putrajaya yang menyatakan Malaysia ialah destinasi selamat untuk pelaburan serius dalam pembuatan lanjutan”.

Katanya, pengawalan industri di Malaysia di bawah bidang kuasa Putrajaya.

“Apa yang diminta Australia ialah keputusan ini perlu berdasarkan bukti saintifik, yang menunjukkan Lynas pada asasnya berisiko rendah dan dikendalikan dengan baik.”

Goledzinowski berkata, Lynas menjadi tajuk perdebatan awam, termasuk di media.

“Ini adalah wajar untuk masyarakat yang bebas dan demokratik. Tetapi peserta dalam perdebatan ini, termasuk media, perlu mempunyai maklumat yang betul.” #sumber



Demikianlah Artikel Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 !

Sekianlah artikel Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/australia-nafi-dakwaan-mahu-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Australia 'Nafi' Dakwaan Mahu Malaysia Gugur Syarat Ke Atas Lynas Corporation pada 2019 !"

Catat Ulasan

Loading...