Judul : Bekas Pemain "Bola Sepak" Pahang, Rosmaini Mohd Shah Meninggal Dunia Di HTAA Kuantan
link : Bekas Pemain "Bola Sepak" Pahang, Rosmaini Mohd Shah Meninggal Dunia Di HTAA Kuantan
Bekas Pemain "Bola Sepak" Pahang, Rosmaini Mohd Shah Meninggal Dunia Di HTAA Kuantan
KUANTAN - Bekas penyerang kebangsaan dan Pahang era 70 dan 80-an, Rosmaini Mohd Shah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.
Adik Allahyarham, Abdullah Mohd Shah, 65, berkata, Allahyarham abangnya meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah kira-kira 3.15 petang.
Katanya, alllahyarham yang berumur 67 tahun meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.
"Allahyarham sebenarnya sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di HTAA kerana menghidap pelbagai penyakit.
"Bagaimanapun, keadaan semakin serius apabila berlaku jangkitan kuman pada darah sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 3.15 petang ini.
"Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali, di sini selepas solat Isyak, malam ini," katanya.
Sepanjang kerjaya sebagai pemain bola, allahyarham Rosmaini menyarung jersi skuad Pahang dari 1976 hingga 1983 manakala jersi skuad kebangsaan pada 1980-1982.
Allahyarham pernah membantu Pahang menjulang Piala Malaysia pada 1983 dan johan Piala Emas Raja-Raja pada 1981.
Sementara itu, bekas pemain Pahang pada 1978-1982, Nazeri Hussain berkata, sebagai bekas rakan sepasukan, allahyarham sememangnya digeruni lawan.
"Ketika itu, allahyarham antara penjaring terbanyak buat skuad Pahang hingga terpilih menyarung jersi kebangsaan," katanya.
Kelab bola sepak Sri Pahang FC menerusi facebooknya turut menyampaikan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. #sumber
Demikianlah Artikel Bekas Pemain "Bola Sepak" Pahang, Rosmaini Mohd Shah Meninggal Dunia Di HTAA Kuantan
Anda sekarang membaca artikel Bekas Pemain "Bola Sepak" Pahang, Rosmaini Mohd Shah Meninggal Dunia Di HTAA Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/bekas-pemain-bola-sepak-pahang-rosmaini.html



0 Response to "Bekas Pemain "Bola Sepak" Pahang, Rosmaini Mohd Shah Meninggal Dunia Di HTAA Kuantan"
Catat Ulasan