Judul : Covid-19: Sebanyak 1,294 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 1,294 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Covid-19: Sebanyak 1,294 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
PUTRAJAYA - Sebanyak 1,294 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, manakala 1,442 pesakit pulih.
Selain itu, lima kematian dicatatkan, kesemuanya melibatkan warganegara berusia 37 hingga 84 tahun yang memiliki latar belakang penyakit lain, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.
Ini menjadikan 332,443 kes pulih secara kumulatif daripada keseluruhan 347,972 kes Covid-19 dengan 1,283 kematian direkodkan setakat ini.
Noor Hisham berkata, terdapat 14,246 kes aktif, dengan 168 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 78 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Kes-kes baharu melibatkan 26 kes import dan 1,268 jangkitan tempatan yang terdiri daripada 887 warganegara dan 371 warga asing.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 455 kes, diikuti Sarawak dengan 217 kes serta Pulau Pinang (139) dan Johor (103).
Sementara itu, Kuala Lumpur mencatatkan 88 kes, manakala Kelantan (66), Sabah (63), Pahang (57), Negeri Sembilan (31), Melaka (22), Kedah (21), Perak (14), Terengganu (8), Putrajaya (5), Labuan (4) dan hanya satu kes di Perlis.
Secara keseluruhan, Selangor sehingga kini mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 116,770 kes, diikuti Sabah (54,916) dan Johor (41,523). #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,294 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,294 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/04/covid-19-sebanyak-1294-kes-positif.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,294 Kes Positif Baharu Dengan Lima Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"
Catat Ulasan